innity

pages

Friday, June 24, 2016

[CORRUPTION OF POWER] Respon Tun M : Rela NAJIB RAMPAS Yayasan Kepimpinan Perdana


Tun Dr Mahathir Mohamad rela jika kerajaan diterajui Datuk Seri Najib Razak mahu merampas Yayasan Kepimpinan Perdana, menghentikan bantuan kewangan, harta, termasuk gaji kakitangannya.
Katanya, sememangnya menjadi hak kerajaan untuk menggunakan kuasa yang diberi oleh rakyat dengan apa cara sekalipun.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun kerana mencadangkan supaya kerajaan menghentikan segala bantuan kewangan dan harta kepada Yayasan Kepimpinan Perdana, termasuk penggajian kakitangan.
“Yang saya sedih ialah cadangan ini datang dari pemuda yang akan mewarisi negara dan kepimpinannya di masa hadapan. Sebelum pun mendapat kuasa, kebengisan dan corruption of power sudah ditunjuk.
“Tujuannya sama dengan rasuah. Pemberian (suapan) rasuah bertujuan mendapat sokongan, atau mengurang kritikan terhadap pemberi. Perampasan hak mempunyai tujuan yang sama. Tidak ada perbezaan antara pemberian dan perampasan – kedua-duanya adalah rasuah,” katanya dalam blog beliau, hari ini.
Tun Dr Mahathir yang menerajui Yayasan Kepimpinan Perdana sejak bersara daripada jawatan Perdana Menteri, berkata, negara kini tahu apabila Khairul Azwan dan konco-konconya mendapat kuasa melalui rasuah, negara akan melihat suapan dan rampasan oleh kerajaan sebagai cara mengekalkan kuasa.
“Ini jelas kerana hari ini pemuda dan pewaris menyokong segala perbuatan Najib yang dunia pandang jijik, yang menjatuhkan maruah negara bangsa. Tidaklah salah jika diramal bahawa ini juga akan dilakukan oleh mereka yang menyusul.
“Saya tidak akan merasa kehilangan apabila rampasan dibuat. Saya biasa dan faham dengan kehidupan tanpa keistimewaan . Hanya saya sedih memikir masa depan negara tercinta ini. Apakah akan jadi kepadanya setelah budaya rasuah dipandang tinggi dan dipertahan oleh yang akan berkuasa dan memerintah,” katanya. - ismaweb

3 comments:

  1. Cerita pecatan di ulas berjela jela kononnya masalah disiplin

    Tapi perasuah nyata tidak langgar disiplin

    ReplyDelete
  2. Kerja tun dikatakan jatuh kerajaan

    Kerja najib menjatuhkan negara? Itu maksud demokerasi?

    ReplyDelete
  3. Penyanggak penyamun dok bergaduh..perompkak dok gelak..pencuri dokfsikit mcm mana Nak curl besar pulak...hehehehe..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com