innity

pages

Sunday, June 12, 2016

Calon Bebas Kuala Kangsar MENGELUH Sukar dapat Sokongan, Dakwa Pengundi DIBERI DEDAK

Izat Bukhary Ismail Bukhary

KUALA KANGSAR - Calon bebas bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar mengakui sukar untuk mendapat sokongan kerana mendakwa pengundi sudah diberikan dedak.

Izat Bukhary Ismail Bukhary yang memilih logo pen sebagai calon bebas berkata, beliau terpaksa bekerja lebih keras dan melakukan pendekatan berbeza berbanding parti lain bagi meraih sokongan.

"Saya susah sekarang ini. Penerimaan pengundi susah sikit sebab ramai yang sudah didedakkan. Diberi makan. Ini pusingan satu, pusingan dua...sampai pusingan berapa tidak tahu.

"Di saat akhir  berlaku benda-benda yang tidak sepatutnya sehingga sanggup jual undi. Lepas mengundi, ambil gambar dan tuntut duit. Ini yang berlaku di saat-saat akhir. Siapa yang buat seperti itu, saya tidak halalkan dunia akhirat," katanya hari ini.

Katanya, perkara itu seharusnya tidak berlaku andai parti yang bertanding meletakkan agama sebagai asas perjuangan.

Malah katanya, kemunculan banyak parti juga akan menyebabkan perpecahan terutamanya masyarakat Islam.

"Saya pegang pada agama. Banyak sekarang, apa yang ada sekarang ini, parti makin banyak parti,  makin banyak berpecah. Yang ini kata dia Islam, yang ini kata dia Islam.

"Jadi di mana sebenarnya? Jika berpegang pada agama, itu yang perlu kita ikut. Yang perlu kita buat kita buat, yang salah kita tinggalkan. Itu adalah saya," katanya.

Dalam pada itu, Izat Bukhary berkata, beliau menegaskan bahawa dirinya tidak ditaja oleh Parti Amanah Negara (Amanah) dalam usaha untuk memecahkan undi Pas dan BN..

"Saya tidak ditaja oleh Amanah. Saya pernah menentang dan lawan Umno, Pas. Saya benar-benar bebas. Setiap kali bertanding, saya dituduh ditaja. Sebenarnya saya taja diri saya sendiri.

"Kalau perjuangan saya betul, kekalahan adalah kemenangan buat saya. Saya tidak fikir pasal duit (wang pertaruhan). Saya akan berjuang demi agama," katanya. -SH

4 comments:

  1. Jangan takut
    Bn pasti kalah
    Guling najib
    Boikot bn

    ReplyDelete
  2. "Di saat akhir berlaku benda-benda yang tidak sepatutnya sehingga sanggup jual undi. Lepas mengundi, ambil gambar dan tuntut duit. Ini yang berlaku di saat-saat akhir. Siapa yang buat seperti itu, saya tidak halalkan dunia akhirat," katanya hari ini.

    Inilah taktik kotor umno.

    Kepada pengundi k.kangsar dan sg besar....gunakan langkah seperti berikut,

    1.pangkah BN

    2.ambil gambar

    3.pangkah lagi sekali parti amanah

    4.rosakkan kertas undi, tulis kertas undi "umno najib KORUP"

    5.keluar dewan mengundi

    6.tunjuk gambar pangkah BN

    7.buat tuntutan dari umno.

    8.jangan lupa ucapkan terimakasih

    9.ingat pengundi! Lakukan langkah seperti diatas! anda boleh mendapat kedua dua faedah iaitu;

    10.tolak dan paksa najib letak jawatan.

    11.dapat pemberian dari umno.

    SELAMAT MENGUNDI!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua parti ada tabur dedak..jhn kata bn jer..pan/dap pun tabur juga dedak cap dapig..lebih baik mkan dedak bn dari mkan dedak dapig..dah 60 tahun bn tabur dedak rakyat selamat jer..tp dedak dapig tsk tsu selamat ker tak...yg pertama dapig dah tentu haram..klu melayu islam mkan dedak dapig dimana islamnya?...lebih baik mkan dedak bn..

      Delete


    2. Kalau dapat hasil daripada punca rasuah, menyamun, mencuri, songlap, tipu dan sebagainya ia tetap haram,tak kira datangnya dari BN atau DAP.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com