innity

pages

Sunday, June 5, 2016

Calon BEBAS, Datuk Abu Backer pula BUAT DRAMA TAMIL, tarik diri saat akhir


Kuala Kangsar: "Tak apalah..hangpa (SPR) nak, ambil kat hangpa lah..Saya kena banyak kali dah"
Itu keluhan Abu Backer Sidek, ahli perniagaan yang menawarkan diri untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, namun menarik diri kerana mendakwa 'dianiaya' Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Katanya, tindakan pegawai pilihan raya yang seolah-olah memberi tekanan kepadanya untuk melengkap dan menghantar borang menyebabkan dia melupakan hasrat bertanding.
"Saya ada semuanya, cuma pencadang dan penyokong orang sini (tempatan). Dia suruh saya buat dengan cepat, saya cepat marah. Jadi tak payah bertanding," katanya yang keluar dari pusat penamaan selepas berada di dalam Dewan Jubli, di sini, kira-kira 20 minit.
Sebelum itu, beliau mencuri tumpuan petugas media dan penyokong parti bertanding selepas dilihat mundar mandir bersama borang pencalonan dan mencari penyokong dan pencadang.

TERKINI
PENCALONAN/NOMINATION - PERAK
P067: KUALA KANGSAR: PERAK: 32,949
1. Izat Bukhary Ismail Bukhary..........................(Bebas)
2. Najihatussalehah Ahmad.................................(PAS)
3. Mastura Mohd Yazid......................................(BN)
4. Ahmad Termizi Ramli ................................(Amanah)

(2013: Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad
(BN): 1,082)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com