innity

pages

Thursday, June 2, 2016

[BUKAN PPUM] Pembedahan Pergigian Arwah Syed Alman Dikendalikan Klinik Swasta - Pengarah PPUM


PETALING JAYA: Datuk Syed Alman Syed Alwi meninggal dunia akibat komplikasi semasa menjalani pembedahan pergigian di sebuah klinik swasta, kata Pengarah Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Prof Dr Tunku Kamarul Zaman Tunku Zainol Abidin.
Beliau berkata Syed Alman, menantu kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak pernah menerima rawatan di PPUM dan pembedahan pergigian tersebut tidak dijalankan di PPUM.
Prof Dr Tunku Kamarul Zaman Tunku Zainol Abidin
Katanya, Syed Alman, 44, dirujuk ke PPUM pada 1 Jun oleh klinik pergigian susulan komplikasi yang dialami daripada pembedahan di klinik tersebut.
Beliau berkata laporan tidak tepat yang disiarkan menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai dan menjejaskan imej PPUM.
Syed Alman, suami kepada anak sulung Ahmad Zahid, Datuk Nurulhidayah, dilaporkan tidak sedarkan diri ketika menerima rawatan pergigian di sebuah klinik di Bangsar. - mStar

2 comments:

  1. 1. Dugaan no 1 wang masuk ke akaun pelajar di Australia.
    2. Dugaan kedua PRK di Perak dan Selangor.
    3. Kini dugaan ketiga.
    Kalau tak sedar taktaulah.

    ReplyDelete
  2. Sapa yg x sedar tu pak tam? Pembangang2 ker?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com