innity

pages

Sunday, June 5, 2016

[BUDAYA SAMPAH MASIH BERLAKU] Selesai penamaan Calon, sampah pula bertaburan

Papan tanda sayang Kuala Kangsar namun sampah yang ditinggalkan tidak melambangkan rasa sayang kepada Kuala Kangsar.

KUALA KANGSAR - Selesai sudah penamaan calon bagi PRK Kuala Kangsar namun sayangnya keadaan selepasnya tidak seindah disangka.

Bandar Kuala Kangsar sememangnya terkenal dengan imej bandar bersih namun keadaan selepas penamaan calon tidak melambangkan imej tersebut.

Manakan tidak, bekas minuman, sampah sarap malah sepanduk dan bendera turut dibuang begitu sahaja.

Tinjauan Sinar Harian mendapati sampah memenuhi jalan raya manakala sepanduk diletakkan di pagar dan pokok, lantas mewujudkan rasa kurang senang di kalangan penduduk.

Begitupun, bukan semua lokasi pengumpulan penyokong berada dalam keadaan kotor kerana ada juga yang kebersihannya dijaga dengan baik.

Ada tempat yang bersih malah Sinar Harian terserempak dengan seorang lelaki separuh umur sibuk membersihkan jalan raya yang dipenuhi sampah.

Biar apa pun aktiviti, seharusnya kebersihan dijadikan amalan apatah lagi apabila berada di Kuala Kangsar, bandar yang terkenal dengan imej bersihnya.

Kebersihan itu kan amalan mulia, apa salahnya praktikkan. - SH

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com