innity

pages

Monday, June 20, 2016

BN menang kerana beri wang: Tun M


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan kemenangan besar yang diperolehi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar adalah hasil pemberian wang dan barang-barang kepada pengundi.
Katanya, BN seolah-olah tiada perasaan malu apabila membuat penipuan itu untuk mendapatkan kemenangan dalam meraih undi rakyat.
“Maruah bangsa dan negara sudah dimusnah sehingga rakyat Malaysia yang dahulu bermaruah sudah turut contoh yang ditunjuk oleh pemimpin.
“Mereka yang bertanya akan pendirian saya perlu bertanya diri sendiri apakah maruah kamu sudah tidak ada lagi sehingga sanggup berbangga dengan kemenangan hasil penipuan, hasil rasuah yang terbuka dan salah guna kuasa yang ketara,” kata beliau dalam entri terbaru blognya di chedet.cc, hari ini.
Walaupun BN meraih kemenangan luar biasa pada PRK kali ini, namun Tun Dr Mahathir berkata, kejayaan parti itu tidak sekalipun mengubah pendiriannya mengkritik salah laku kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
“Mereka bertanya apakah pendirian saya setelah mereka menang. Pendirian saya tidak berubah. Mungkin ia menjadi lebih keras,” katanya.
BN menang besar di kedua-dua kawasan Parlimen itu dengan calonnya Datin Mastura Mohd Yazid memperoleh majoriti 6,969 undi pada pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar manakala Budiman Mohd Zohdi meraih majoriti 9,191 undi bagi PRK Sungai Besar. - ismaweb

2 comments:

  1. Nasihat kpd Tun elok lah berehat dan tinggalkan dunia politik. Habiskan masa dgn keluarga dan cucu itu lebih baik disamping buat amalan bekalan untuk
    akhirat. Dlm usia yg sekrang ni .. tak seharusnya bergelumang dgn politik .. harta dan wang ringgit dah banyak .. apa lagi yg tak cukup.. berundur lah Tun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya setuju.. kita biarkan lah apa ajib dan the gang nak buat.. kita buat bodoh ja..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com