innity

pages

Thursday, June 2, 2016

BN MENANG di Sg Besar - tinjauan UCSI


Tinjauan terbaru mendedahkan BN mempunyai sokongan paling tinggi di kalangan pengundi Sungai Besar, dengan pilihan raya kecil (PRK) kawasan itu akan diadakan pada 18 Jun ini.
Menurut Pusat Penyelidikan Pilihan Raya UCSI, jika pilihan raya diadakan pada masa ini, sehingga 44.75 peratus pengundi akan menyokong calon BN.
Tempat kedua pula ialah PKR dengan 24.25 peratus, diikuti PAS 13 peratus dan Parti Amanah Negara (Amanah) 8.25 peratus.
Tinjauan menunjukkan 90.25 peratus pengundi telah membuat keputusan parti mana yang akan mereka undi nanti dengan hanya 9.75 peratus masih di atas pagar.
Tinjauan itu dijalankan antara 24 Mei hingga 29 Mei dengan melibatkan 400 responden yang terdiri daripada 230 pengundi Melayu, 155 Cina dan 15 India.
Tinjauan UCSI turut mendedahkan isu-isu yang memberi kesan ke atas pengundi Melayu dan bukan Melayu.
Pengundi Melayu menzahirkan keprihatinan terhadap isu rasuah (76 peratus) dan 1MDB (56 peratus) berbanding kelangsungan hidup (50 peratus). Isu-isu lain termasuklah kadar jenayah (36 peratus), hutang negara (30 peratus) dan kualiti pendidikan (27 peratus).
Bagi bukan Melayu, rasuah menjadi keutamaan dengan 80 peratus, diikuti dengan isu kelangsungan hidup (65 peratus) dan 1MDB (52 peratus). Pengundi kategori ini juga prihatin dengan ketegangan kaum (43 peratus). - MK

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com