innity

pages

Tuesday, June 7, 2016

[BILA KAFIR BERKUASA] China sekat ibadah puasa di Xinjiang


BEIJING: China mengenakan sekatan ke atas sambutan bulan suci Islam Ramadan di wilayah bergolak Xinjiang dan anggota Parti Komunis China (CPC) diarahkan untuk tidak berpuasa sepanjang tempoh itu, menurut laporan semalam.
Ateis China secara rasminya mempunyai sejarah mengeluarkan arahan menghalang sambutan Ramadan yang bermula di negara ini semalam, malah terdahulu pihak berkuasa mengatakan puasa adalah haram dan bertentangan dengan prinsip Parti Komunis China.
Pegawai-pegawai kerajaan, pelajar dan guru adalah antara yang diarahkan untuk tidak berpuasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari.
"Ahli-ahli parti, pelatih, penjawat awam, pelajar dan kanak-kanak tidak boleh berpuasa di bulan Ramadan dan tidak boleh mengambil bahagian dalam aktiviti keagamaan," lapor AFP, memetik satu notis yang dipaparkan di laman web rasmi bandar Korla di tengah Xinjiang.
"Sebuah laman web yang dikendalikan biro pendidikan daerah Shuimogou di ibu negara serantau Urumqi menyiarkan notis Isnin minggu lalu mencegah pelajar dan guru-guru dari semua sekolah daripada memasuki masjid untuk aktiviti keagamaan' pada bulan Ramadan," tambah laporan itu.
China mempunyai kira-kira 20 juta orang Islam dan sejumlah 13 juta, kebanyakan penduduk Islam Uighur tinggal di Xinjiang.
Ramadan turut disambut di wilayah autonomi lain, wilayah dan bandar-bandar, termasuk Gansu, Ningxia dan Beijing. Xinjiang, paling kerap menyaksikan keganasan etnik beberapa tahun kebelakangan ini, menyebabkan banyak sekatan dikenakan. - AGENSI

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com