innity

pages

Wednesday, June 29, 2016

Bekas Menteri Kewangan, DS Husni ambil TINDAKAN BIJAK TINGGALKAN UMNO, puji Ku Seman


Bekas editor kanan Utusan Malaysia, Ku Seman Ku Hussain menyifatkan langkah Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah meletakkan jawatan sebagai langkah yang bijak untuk menjauhkan diri dari Umno.
Ku Seman yang meletakkan jawatan selepas lebih 32 tahun berkhidmat bersama akhbar Umno itu berkata, karakter Ahmad Husni tidak sesuai dengan kepimpinan semasa Umno.
"Apa lagi Husni dipaksa pikul isu skandal 1MDB yang tidak mungkin boleh diterangkan kepada rakyat kecuali berbohong.
"Walaupun banyak yang kebulur jawatan dalam Umno tetapi yang ada integriti bagi percuma pun mereka tolak.
"Husni tidak seperti beberapa menteri yang menjadi panglima melindungi ketua mereka dengan kata-kata yang angkuh dan sedikit biadab," ujar Ku Seman dalam catatan di akaun Facebook miliknya.
Dua hari yang lalu, semasa mengumumkan rombakan kabinetnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memaklumkan Ahmad Husni meletak semua jawatannya dalam Umno dan Barisan Nasional (BN) termasuk sebagai Ketua Umno Bahagian Tambun dan Bendahari Agung BN.
Sehingga hari ini, semua pihak masih ternanti-nanti penjelasan oleh Ahmad Husni sendiri mengenai sebab-musabab tindakan beliau itu sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi dan teka-teki.
Mengulas lanjut, Ku Seman menambah, pendekatan Ahmad Husni yang tidak banyak bercakap tentang retorik politik tetapi tekun dengan tugas bukan gaya Umno.
"Tengoklah sekarang tak cukup menteri, ketua bahagian yang pun galak beri kenyataan kepada media, belasah orang itu dan orang ini yang tak sebulu dengan ketua.
"Tak cukup ketua bahagian setiausaha akhbar pun sudah beri reaksi kenyataan politik. Jadi nyatalah Husni tidak layak.
"Saya pasti selepas ini Husni akan diserang oleh media arus utama yang dicengkam oleh Umno," jelasnya.
Sementara itu, portal pro-Najib menyifatkan kenyataan Ku Seman sebagai tidak logik dan tidak adil untuk mana-mana pihak membuat analisa serkap jarang sedemikian.
"Masuk akal ke kalau isunya 1MDB yang berlarutan selama hampir 1 tahun setengah, baru sekarang Husni nak letak jawatan?," katanya mykmu.net. - MK

2 comments:

  1. Semua cerdik pandai dibeli rasuah najib


    Yang lemah terus di tindas

    Bangkitlah rakyat . Nyatakan sokongan untuk guling najib

    Bangkit hari ini untuk bina negara bangsa yang hancur ini

    ReplyDelete
  2. Undi bukan jalan ajar najib

    Rakyat kena bangkit
    Mogok umum seluruh negara

    Tiada siapa noleh tangkap
    Seluruh negara mogok

    Seluruh negara desak serentak

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com