innity

pages

Tuesday, June 21, 2016

Bank CIMB HERET ANAK NAJIB KE MAHKAMAH kerana kemungkiran bayaran


Bank CIMB mengheret anak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Mohd Nazifuddin Mohd Najib ke mahkamah kerana kegagalan menjelaskan bayaran yang mana beliau adalah sebagai penjamin sebuah syarikat.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim menetapkan 1 Ogos untuk membuat keputusan sama ada Nazifuddin perlu membayar jumlah penuh sebanyak RM200,000 atau sebaliknya - iaitu jumlah yang terhutang oleh peminjam.
CIMB menuntut supaya anak Najib hasil perkahwinan pertamanya itu membayar jumlah wang berkenaan selepas peminjam gagal membuat pembayaran yang dibuat mengikut perjanjian sewa beli.
Peguam Nazifuddin bagaimanapun berhujah bahawa CIMB tidak berhak menuntut jumlah penuh sebanyak RM200,000.
Ini kerana dalam surat tuntutannya, CIMB memohon RM12,000 dari Nazifuddin, justeru, peguamnya berkata bank itu tidak boleh menuntut jumlah keseluruhan.
Mereka mendakwa bahawa perjanjian jaminan yang menyatakan bahawa liabiliti pelanggan hanya terhad kepada apa yang dituntut.
Kes itu kini di peringkat rayuan memandangkan Nazifuddin memohon untuk membatalkan kes itu manakala CIMB pula memohon untuk penghakiman terus.
Mahkamah Sesyen sebelum ini menolak permohonan rayuan Nazifuddin dan membenarkan penghakiman terus - justeru, melayakkan CIMB untuk menuntut jumlah keseluruhan.
Nazifuddin diwakili peguam Justin Voon manakala peguam K Ganesan bertindak bagi pihak CIMB. - MK

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com