innity

pages

Monday, June 27, 2016

[BAKAL SERTAI TS MUHYIDDIN, MUKHRIZ??] Ahmad Husni lepas semua jawatan UMNO, BN


KUALA LUMPUR: Berita Harian melaporkan bahawa Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang mengundur diri sebagai Menteri Kewangan II dalam rombakan Kabinet hari ini, turut melepaskan jawatan dalam parti di peringkat pusat dan negeri. 

Setiausaha Politiknya, Datuk Shamsul Zairil Kamaruddin dalam satu kenyataan petang ini berkata, Ahmad Husni meletak jawatan sebagai Bendahari UMNO Malaysia, Bendahari Agung Barisan Nasional (BN). 

Beliau juga melepaskan jawatan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Timbalan Pengerusi BN Perak, Ketua UMNO Bahagian Tambun dan Pengerusi BN Parlimen Tambun. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika mengumumkan rombakan Kabinet berkata, Ahmad Husni yang menamatkan perkhidmatan sebagai Menteri Kewangan II atas sebab peribadi. 

Beberapa pemerhati politik melihat situasi ini bakal menjadi lebih mendebarkan Najib jika Ahmad Husni bersetuju untuk bersama-sama berjuang mencari kebenaran bersama-sama Tan Sri Muhyiddin dan Dato' Seri Mukhriz.

Ini kerana kebenaran yang sebenar semuanya berada dalam tangan Ahmad Husni selaku Menteri Kewangan Kedua yang mempunyai akses kepada 1MDB yang merupakan syarikat Kementerian Kewangan diperbadankan.

Mungkin Ahmad Husni boleh menebus kembali 'noda' ketika beliau bermati-matian mempertahankan Najib dalam isu 1MDB.

Kita tunggu kebenaran yang sebenar.



6 comments:

  1. Bagusla cari kerja politik yang diredai pulak

    ReplyDelete
  2. "Beberapa pemerhati politik melihat situasi ini bakal menjadi lebih mendebarkan Najib jika Ahmad Husni bersetuju untuk bersama-sama berjuang mencari kebenaran bersama-sama Tan Sri Muhyiddin dan Dato' Seri Mukhriz."

    Doakan dan kami bermohon kepada mu ya Allah.

    ReplyDelete
  3. Mungkin inilah prinsip perjuangan empunya diri.
    Seorang yang sudah menjadi tokoh dan berbeda dengan apa yang dialami oleh 2M.
    Walau tidak diputusakan oleh JK Mesyt MT tapi beliau melepaskan semua jawatan yang disandang dengan begitu shj. ... dengan rela hati. Dah tentu ada cerita yg boleh kita dengar dr empunya diri. Dan UMNO takkan hebohkan berita persaraan AP Tambun ini malah akan terus menyembunyikannya.

    ReplyDelete
  4. Kita jgn berhrp dgn org yg tak sggup berjuang akn bersimpati dgn nasib rakyat. Nanti dia khianat kita kecewa.

    ReplyDelete
  5. KUAT KOYA,JANGEY MIMPI LA TOK HUSNI NOK JOIN PUAK2 TU.

    ReplyDelete
  6. Hahahahaha..hehhehehhee..huhuhuuhu..semua Nak jadi katak pulak dahhhh...kecewa Dan trs jadi katak...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com