innity

pages

Sunday, June 19, 2016

Analisa Malaysiakini: Hasrat Tun M GAGAL, Rakyat TOLAK Pembangkang yang GAGAL BERSATU


Berikut analisis segera keputusan pilihan raya Sungai Besar dan Kuala Kangsar:
(1) Pertembungan tiga penjuru tidak menguntungkan pembangkang di kedua-dua kawasan dan gagal membuka lebih peluang menyaingi BN. Malah ia menyebabkan pengundi bosan dengan kegagalan pembangkang bersepakat, sekali gus memberi undi pada BN atau tidak mengundi langsung.
(2) Kecelaruan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali yang berkempen untuk AMANAH tetapi berdoa untuk PAS membinggungkan pengundi. Jika trend ini berkekalan, besar kemungkinan BN akan merampas semula kerajaan negeri Selangor pada pilihan raya umum akan datang.
(3) PAS membuktikan ia masih menjadi pembangkang berpengaruh. Walaupun undinya lebih kurang sama dengan AMANAH, tidak semestinya parti serpihannya itu lebih kuat. Ini kerana AMANAH disokong oleh dua lagi parti berpengaruh iaitu DAP dan PKR tetapi PAS hanya bersekutu dengan sebuah parti kecil Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN).
(4) AMANAH tidak setanding PAS, DAP atau PKR. Meskipun mendapat jumlah undi yang dianggap memberangsangkan bagi parti yang hanya berusia lapan bulan, tetapi jangan lupa bahawa ia didokongi oleh DAP dan juga PKR.
(5) Hasrat Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menjadikan dua pilihan raya kecil ini sebagai referendum menolak pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak gagal. Walaupun pilihan raya kecil kebiasaannya lebih memihak parti kerajaan, Najib tetap dilihat semakin selesa walaupun diasak segenap penjuru dalam pelbagai isu.
(6) Seperti pilihan raya negeri Sarawak, trend pengundian menunjukkan BN mula mendapat sedikit demi sedikit undi masyarakat Cina. Lawannya AMANAH pula mampu memberi saingan di kawasan Cina manakala PAS pula sebaliknya.
(7) Walaupun dalam pelbagai kontroversi, daripada isu 1MDB, kemasukan wang berbilion ringgit ke dalam akaun Najib, sehinggalah penggunaan jet kerajaan oleh isteri perdana menteri, isu pembangunan yang dimainkan BN nampaknya masih memikat pengundi.
(8) Isu nasional kurang mendapat sambutan tetapi sebaliknya usaha BN membebaskan dua nelayan Sekinchan yang ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia jauh lebih dekat di hati pengundi. Walaupun dilabel sebagai pelampau dan anti-Cina, namun kejayaannya membawa pulang dua nelayan itu banyak menambat hati pengundi.


- Malaysiakini


Keputusan rasmi PRK #KualaKangsardan #SungaiBesar 

9 comments:

  1. BN jangan lar nak berbangga sangat..undi untuk selain daripada BN menunjukkan undi against BN...kalau nak dikira jumlah undi against BN..tak banyak beza pun dgn pilihanraya yang lalu...cuma kena tabik jugak kat BN..kerana strategi pecah dan perintah yang digunakan berjaya. Boleh digunapakai untuk PRU14 nanti...
    Yang bodohnya PAS lar nampaknya...kat Sg Besar pun undi untuk PAN lebih banyak dari PAS..kalah PAS kepada parti serpihan yang baru lebih kurang 8 bulan bernyawa...memang ditakdirkan PAS ni ditubuhkan untuk selamanya menjadi kuda (ke ba**) tunggangan..dulu tunggangan kepada DAP..sekarang..tunggangan kepada UMNO pulak...syabas lar PAS...

    ReplyDelete
    Replies
    1. PAS akan jadi perti mesra dengan UMNO
      Semua kawsan majority melayu akan dimenangi oleh parti mesra ni di PRU 14.
      Org Cina dah buka mata. Prti yg mereka harap (DAP) parti korup, arrogant dan carca marba. PKR menunggu ajal ( time bomb akan meletup dlm kem Wan Aziziah dan Kem Azmin)

      Kerajaan Selangor skrg pun org confius!!! Azmin sokong amanah. Amanah tak sokong PAS, Tapi Azmin ambil PAS sbg ahli exco...

      kerajaan selangor skrg akan tumbang di PRU 14 nanti.

      Perpaduan org melayu dan Islam (UMNO & PAS) akan memberi kekuatan kepada BN dan kaum lain juga akan mendapat kebaikan bersama.

      Delete
  2. Kalau tidak kerana sokongan TDM, tidak mungkinkah calon PAN hilang deposit?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melayu mudah lupa Undi PAN dibantu oleh PKR dan DAP kalu tak telur dapatnya. Undi PAS solid dari ahli PAS . PAS kena kerja kuat lagi cari penyokong.

      Delete
    2. Melayu mudah lupa Undi PAN dibantu oleh PKR dan DAP kalu tak telur dapatnya. Undi PAS solid dari ahli PAS . PAS kena kerja kuat lagi cari penyokong.

      Delete
  3. Tak pa la apa pun tapi sekurang nya orang akan tahu bahawa serangan peribadi yang melampau serta fitnah yang berterusan tidak memberikan apa-apa manafaat kepada penyerang malah sebaliknya ia menimbulkan kebencian...

    ReplyDelete
  4. Parti lebai malang (pas) dan lebai kuyup(pan) menang jadi arang kalah jadi abu... assmin cipta sejarah sbgai MB paling singkat jadi MB di Selangork tun momok dan boboi bole la cakap sorang sorang lepas nih... budak pipi lebam pun bole meracau dng skandal bini orang... anwar ibrahim tersenyum puas bila momok dan assmin meracau racau lepas ni walaupun dibalik tirai besi....semoga malaysia aman makmur....

    ReplyDelete
    Replies
    1. sipolan yang duduk sungai buluh pasti tersenyum puas, warkah terbarunya telah diterjemahkan dalam bentuk kekalahan apa sahaja yang didokong oleh tun mahathir. selepas ini kerajaan negeri selangor mungkin tumbang atau sekurang-kurangnya azmin seorang yang tersingkir. jangan fikir orang sungai buluh tiada tangan di luar.

      Delete
  5. alhamdulillah bn menang.. pembangkang kalah sbb pengundinya hyn reti menang sebagai keyboard worrior je.. pengundi bn xperlu dedak utk menilai dlm pertaruhkn masa dpn..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com