innity

pages

Tuesday, June 7, 2016

Akhbar Thailand hina Najib

PETALING JAYA: Sebuah akhbar Thailand menyiarkan karikatur kartun yang dianggap menghina negara ini.
Ia menunjukkan seorang pegawai polis sedang memegang penyodok dengan tanah di hadapan timbunan tengkorak dengan diperhatikan dengan tiga wanita yang yang mewakili tiga kaum utama di negara ini.
Selain itu, karikatur menyerupai Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib turut diselitkan dengan kapsyen yang menyindir.
“Terang-terangan kartun ini boleh diambil tindakan di bawah Akta Hasutan”, antara kapsyen yang tertera dalam ruangan berkenaan.
Selain itu, ia juga memperlekeh kempen pelancongan yang sedang dipromosi Malaysia dan mengaitkannya dengan isu pelarian Rohingya.
Kartun yang terbit dalam akhbar The Nation dikesan oleh wartawan AFP, Parameswaran Ponnudurai yang kemudian bertindak berkongsinya dalam halaman Facebook beliau. - FMT

2 comments:

  1. Dah pandai pulak akhbar Thailand sindir dan hina pm. Jangan beli barangan siam..sekat barangan Thailand dari masuk ke sempadan Malaysia. Tangkap ayam-ayam Siam yang banyak masuk kenegara ini cari makan..selongkar pusat-pusat urut Thailand di negara ini..tu kat KLIA..rata-rata ada pusat urut Thailand. Rakyat Thailand ramai cari makan di sini .. akhbar dia orang buat hal. Kerajaan kita perlu bertindak terhadap rakyat mereka disini..halau mereka keluar dari negara ini..kerajaan jgn berlembut..ambil tindakan dari sekarang..orang Thsiland tak sedar diri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. byk rasuah bro..tu pasal ada ketirisan..ada byk PATI n rumah urut kat malaysia skrg ni..

      igtlah..ikan membusuk bermula dari kepalanya..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com