innity

pages

Friday, June 24, 2016

'Ada cubaan campur tangan’ untuk Hentikan Siasatan SPRM - Timb. Ketua Pesuruhjaya


SHAH ALAM - Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull mendedahkan ada cubaan campur tangan dalam sesetengah siasatan yang dikendalikannya. 

Walau bagaimanapun katanya, perkara itu tidak pernah menghalang SPRM meneruskan siasatan mereka.

“Sudah tentu ada campur tangan... ada campur tangan. Tetapi saya tidak akan benarkan campur tangan untuk menghentikan siasatan kami.

“Tidak pernah dalam sejarah, sejak saya mengambil alih operasi, kertas (siasatan) dihentikan ketika tengah-tengah siasatan,” katanya dalam video rasmi SPRM yang dimuat naik di Youtube.

Menerusi video dalam Bahasa Inggeris itu, beliau menegaskan di bawah pengawasannya suruhanjaya itu tidak pernah berhenti menyiasat kerana campur tangan mahupun arahan daripada sesiapa. 

“Untuk perhatian, dari mula hingga sekarang, tiada siapa yang boleh campur tangan dalam siasatan kami, tiada siapa yang boleh mengarahkan SPRM untuk buat ini, buat itu, tidak ada. Siasatan adalah kuasa kita.

“Saya tidak akan membenarkan sesiapa untuk campur tangan, saya tidak benarkan pegawai saya menghentikan siasatan, sekali disiasat kita mesti menyelesaikan setiap kertas siasatan,” katanya.

Walaupun Shukri mengakui bahawa suruhanjaya itu boleh meneruskan siasatan tanpa campur tangan atau arahan, namun tidak ada apa yang boleh beliau lakukan bagi menentukan sesuatu kes berkenaan di bawa ke mahkamah.

"Saya tidak pernah mempersoalkan keputusan sama ada untuk mendakwa ataupun tidak mendakwa. Ini bukan kuasa saya, kamu perlu faham bahawa terdapat pembahagian kuasa antara penyiasatan dan pendakwaan,” ujarnya. - SH

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com