innity

pages

Thursday, May 12, 2016

Wujudkan semula jawatan Setiausaha Parlimen (SUPAR)


SHAH ALAM - Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Sohaimi Shahadan mencadangkan supaya jawatan Setiausaha Parlimen diwujudkan bagi membolehkan golongan muda untuk terlibat sama dalam proses penyegaran semula parti.

Menurut beliau, pihak bersetuju sekiranya golongan muda terlibat sama dalam proses penyegaran parti dan jawatan yang dimansuhkan sejak Mac 2008 lalu itu perlu diwujudkan semula sebagai penyediaan tapak buat anak muda yang berpotensi sebagai pelapis untuk masa hadapan.

“Jawatan Setiausaha Parlimen boleh diwujudkan semula dan orang muda berumur bawah 40 tahun perlu diletakkan sebagai pelapis supaya mereka mendapat ruang serta peluang secara terancang dan konsisten untuk muka-muka baru,” katanya kepada Sinar Online hari ini.

Sohaimi berkata demikian bagi mengulas kenyataan penganalisis politik yang berpendapat bahawa kepimpinan Umno perlu memberikan lebih banyak ruang dan peluang kepada muka baharu khususnya golongan muda untuk terlibat dalam kepimpinan parti agar dapat menyumbang kepada proses 'penyegaran semula'.

Dalam pada itu, Sohaimi berkata, Umno sememangnya telah memberi banyak ruang dan peluang setakat ini kepada golongan muda namun pihaknya mengharapkan agar ada satu perancangan khusus untuk melahirkan pemimpin muda selepas ini.

“Maknanya, kita (Umno) mungkin perlu mula di peringkat universiti dan dari situ kita terus kembangkan potensi golongan-golongan muda ini.

“Dalam masa sama, kita tidak boleh melihat orang muda dan muka baru sebagai pesaing kepada pemimpin senior namun mereka perlu dilihat sebagai pelengkap kerana zaman telah berubah,” katanya.

Tambah beliau, golongan muda dapat mencetuskan idea-idea yang lebih segar serta mempunyai keserasian dengan rakyat dan perkara itu akan menjadi nilai tambah buat Umno yang kini berusia 70 tahun.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com