innity

pages

Thursday, May 5, 2016

Wanita miliki RM13j 'wang ihsan' dituduh menipu cuba lari ke Malaysia


Seorang wanita yang memiliki wang bernilai A$4.6 juta (RM13.8 juta) didakwa di mahkamah di Australia selepas cuba melarikan diri dari negara itu ke Malaysia, lapor media hari ini.
Wanita berusia 21 tahun itu ditahan ketika menaiki pesawat udara dari lapangan terbang Sydney malam tadi.
Kata polis wanita terbabit menerima wang berkenaan yang dimasukkan secara tidak sengaja ke akaunnya pada 2012 dan ketika itu dia baru berusia 17 tahun.

Tidak diketahui dari mana wang itu datang dan identitinya tidak didedahkan kerana masih di bawah umur ketika kejadian berlaku.
Tertuduh berdepan dakwaan menipu dan melakukan jenayah dengan sengaja. Dia mengaku tidak bersalah atas semua tuduhan berkenaan.
Dia tidak memulangkan wang berkenaan dan bersembunyi selama empat tahun sebelum polis mengeluarkan waran tangkap ke atasnya dua bulan lalu.
Menurut keterangan polis di mahkamah wanita terbabit membelanjakan AS$1.1 juta (RM3.3 juta) sepanjang tempoh empat tahun lalu untuk membeli pelbagai barang mewah seperti beg tangan dan kasut.
Daily Telegraph melaporkan kira-kira A$3.3 juta (RM9.9 juta) lagi masih belum ditemui.
Mahkamah tidak diberitahu bagaimana wanita itu mengeluarkan wang berkenaan dari akaunnya sebelum pihak bank bertindak menghalangnya berbuat demikian.
Mahkamah membenarkan dia diikat jamin sebelum perlu hadir di mahkamah pada 21 Jun ini.
dpa

1 comment:

  1. Lain kali Tanya najib cara2 nk sorok duit.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com