innity

pages

Tuesday, May 31, 2016

VIRAL KES PUKUL: Saya Akan Saman Malu! – ADUN Kedah


BERIKUTAN tersebarnya video viral mendakwa Datuk Azmi Che Hussain menumbuk sepasang kekasih di hadapan pusat beli belah di Alor Setar 15 Mei lalu, beliau hari ini tampil membuat kenyataan akan menyaman malu pihak yang memfitnahnya.

Beliau yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, akan mengambil tindakan terutamanya kepada pihak yang cuba memfitnah dirinya telah memukul seorang wanita dalam insiden tersebut.
“Saya akan ambil tindakan saman malu kerana ada cubaan menjatuhkan reputasi saya. Saya juga akan buat laporan kepada pihak berwajib.
“Ini selepas menerima pandangan peguam agar tindakan diambil kepada mereka yang terlibat memburuk-burukkan keadaan tidak benar di laman media sosial.
“Fitnah dan viral itu boleh menjejaskan reputasi saya sebagai timbalan speaker dan ADUN, malah menjatuhkan maruah keluarga saya,” katanya seperti yang dipetik daripada sebuah portal berita arus perdana.
Beliau yang juga ADUN Bayu turut bersimpati dengan wanita yang terlibat dalam kejadian itu kerana dilayan buruk oleh teman lelakinya sendiri.
“Saya lihat apa yang berlaku kepada wanita itu. Masa dia dikasari, saya ada tegur sikap lelaki tersebut,” katanya.
Dalam pada itu, portal Sinar Harian melaporkan dua individu tampil menjadi saksi kejadian memberi keterangan kepada pihak polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, malam kelmarin.
Azamuddin Mansor, 18, dari Kepala Batas, berkata, wanita berkenaan ditarik kasar sebelum ditolak masuk di tempat duduk belakang kereta.
Menurutnya, perkara itu berlaku selepas wanita tersebut cuba menenteramkan lelaki berkenaan daripada meneruskan pergaduhan.
“Saya hanya sedar kejadian ketika wanita berkenaan menarik lelaki itu supaya tidak teruskan pergaduhan. Kemudian Datuk (Azmi) dan anak-anaknya menuju ke kenderaan mereka semula.
“Tetapi lelaki itu menarik teman wanitanya dengan kasar dan menolak dia ke dalam kereta di tempat duduk belakang. Selepas itu dua orang awam dilihat menghampiri lelaki itu untuk meredakan keadaan,” katanya.
Azamuddin berkata, dia memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa selepas menyedari ramai pengguna media sosial bertindak membuat tuduhan melulu biarpun tidak mengetahui kejadian sebenar.
Seorang lagi saksi, Siti Hajar Azmi, 25, berkata, insiden berkenaan bukan hanya berlaku dalam tempoh 33 saat seperti yang dirakam.
“Ia berlaku lebih panjang dari itu. Waktu kejadian saya ada di seberang jalan. Apa yang saya nampak lelaki berkenaan bertindak kasar kepada wanita itu apabila menarik dan menolaknya masuk dalam kereta. Sikap lelaki itu memang kasar, wanita itu hanya mahu leraikan keadaan,”katanya. – MYNEWSHUB.CC

Lelaki Dakwa Dia Dan Teman Wanita Ditumbuk ADUN... oleh mynewshub

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com