innity

pages

Friday, May 13, 2016

[VIDEO] ‘Saya Sendiri Akan Serah 1.27 Juta Tandatangan Kepada Agong’ – Tun M


KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau sendiri akan menyerahkan 1.27 juta tandatangan yang berjaya dikumpul dari seluruh negara menerusi Deklarasi Rakyat kepada Yang di-Pertuan Agong.
Ujarnya, beliau kini sedang mendapatkan perkenan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.
Deklarasi Rakyat yang diketuai oleh mantan Presiden UMNO itu bertujuan untuk menyingkirkan Datuk Seri Najib Tun Razak daripada jawatan Perdana Menteri.
Tun Mahathir berkata, walaupun berjaya mengumpul satu juta tandatangan dengan lebih awal, tandatangan selepas penyerahan deklarasi tersebut akan terus diterima, lapor Malaysiakini.
Ujar Tun Mahathir lagi, pihaknya berjaya mengumpul 1.07 tandatangan menerusi atas talian manakala bakinya sebanyak 200,000 lagi dikumpul menerusi pengedaran borang secara fizikal.
Selain itu, sebanyak 50,000 lagi direkodkan di laman alternatif Change.org.
“Kami bukan hanya terima saja. Kami periksa setiap nama, tandatangan dan kad pengenalan.
“(Terdapat juga) sesetengah borang di atas talian, yang tidak diisi dengan betul. Kami rasa ini mungkin tidak asli. Kami tolak 253,000 borang yang kami fikir tidak asli.
“Bila saya sebut 1.27 juta tandatangan, ini yang telah disemak dan ada di sini,” katanya. - MK

11 comments:

  1. Tahniah syukur amin tun m. Moga allah bersama insan insan tegak keadilan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah SWT tidak akan bersama dengan munafik.

      Delete
    2. Allah juga tidak akan bersama sama golongan penipu,pembohong dan tidak amanah.

      Delete
  2. Buat keja sia2 aja mcm tau perlembagaan Malaysia.

    ReplyDelete
  3. Semoga Tun dan pejuang2 Selamatkan negara dilindungi Allah selalu. Walaupun hujan, rakyat berbilang kaum hadir bersama Tun malam tadi di Kg LB Johnson, Nilai. Berpusu2 untuk bersalaman dgn Tun, Tan Sri Muhiyudin dan DS Mukriz..rakyat bersama mu Tun!

    ReplyDelete
  4. penduduk Malaysia kini 32 juta....

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah dan Jutaan Tahniah kpd TunM dan Pejuang2 SUKARELAWAN yg telah mencurahkan khidmat bakti kpd Deklarasi Rakyat..BETTER THAN NOTHING... Congratulations All...

    ReplyDelete
  6. Kita mgkin tak faham kenapa Tun berasa tandatangan sejuta rakyat tu penting. Tapi bagi orang politik ia sgt besar impaknya. kerana, Kalau Tun M boleh dptkan sejuta tdtgn dlm masa sesingkat itu, ini bermakna silent protest yg berlaku di kalangan pengundi bagaikan under current yg amat kuat.

    Kerana pengundi amat berani dsn mereka tdtgn bermakna mereka amat sedar apa yg berlaku.

    Tahukah apa sejuta pengundi yg faham dan berani akan buat kpd pengundi atas pagar yg lain?

    ReplyDelete
  7. Baru semalam kamdin jaapa CEO IKD(pengasas pluralism) cakap 500ribu dah terkumpul ari ni 1.27 juta dah dapat... kah kah kah.. mintak celah bedah blogspot siarkan senarai nama ..... ko org kan baik ngan gang momok dan botak.... klu nk mohong fitnah
    Bawak2 la berpakat dolu...

    ReplyDelete
    Replies



    1. 10.41, 12.31 dan 8.23.

      Kalau kamu semua rasa DR ini tidak ada guna, tidak membawa apa-apa kesan dan sebagainya, tak payah korang menyemak kat sini.

      Pi lah masuk blog pemakan dedak yang sama taraf kepala hotak korang.

      Jangan terhegeh-hegeh kat tempat orang ooiii.

      Aku bukannya marah tapi menyampah.

      Maap no.

      Delete
  8. Kenapa pulak risau cukup ke tak cukup satu juta tandatangan? Pergilah makan dedak.... Ko tak payah menyibuk. Semoga Allah memberi kejayaan kepada Tun dan barisan Selamat kan Malaysia. Aamiin

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com