innity

pages

Sunday, May 22, 2016

VIDEO Kereta Bentley, Proton Inspira Lengkap Lampu Biru dan Siren Tiga Pengiring VIP yang ditahan Polis


KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Gara-gara berlagak sebagai pengiring orang kenamaan (VIP), tiga individu ditahan kerana menghalang kenderaan sehingga menyebabkan keadaan trafik sesak di Lebuhraya Connaught di sini, hari ini.

Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur, ACP Nazri Hussain berkata ketiga-tiga pemandu yang berusia antara 27 dan 35 tahun itu ditahan oleh pasukan polis yang membuat rondaan di Plaza Tol Lama menghala ke Petaling Jaya pada pukul 1.15 tengah hari tadi.

Beliau berkata salah seorang pemandu terbabit yang berusia 31 tahun memandu kereta jenis Bentley ditahan kerana gagal mengemukakan lesen senjata api selepas polis menemui sepucuk pistol jenis Beretta beserta 10 butir peluru yang diselitkan pada bahagian pinggangnya.

"Mereka bertindak menghalang pemandu kenderaan lain supaya memberikan laluan kepada dua buah kereta majikan mereka bersama sebuah kereta jenis Proton Inspira yang mengiringi kereta terbabit dengan dilengkapi lampu arah berwarna biru dan memasang bunyi siren," katanya dalam kenyataan di sini, malam Sabtu.

Nazri berkata hasil pemeriksaan mendapati kereta jenis BMW, Proton Inspira, dan Bentley, yang membawa empat penumpang terdiri daripada ahli perniagaan bergelar Datuk Seri itu, bukan didaftarkan sebagai kenderaan milik kerajaan.

Menurutnya, ketiga-tiga kenderaan itu dibawa ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut manakala kesemua penumpang terbabit dibebaskan.

Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai penjawat awam.

-- BERNAMA


1 comment:

  1. Mungkin escort yg najib tarik balik dari Tun kot. Hahahahhaahaa

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com