innity

pages

Wednesday, May 18, 2016

[VIDEO] Anda patut sembah tuhan, bukan sembah Najib - TMJ


Johor, - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengkritik beberapa pemimpin menerusi satu temuramah ekslusif portal Straits Times(ST) baru-baru ini.

ST menemuramah TMJ berkenaan pendirian beliau dengan keadaan politik di Malaysia dan di mana pendirian Johor tentang perkara ini.

Di dalam video tersebut, TMJ mengkritik mentaliti beberapa pemimpin dan juga kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh mereka.

"Kamu boleh tengok orang-orang yang mewakili negara saya?", tanya TMJ kepada wartawan.

"Saya tak ada rahsia mengenai perkara itu. Kamu boleh lihat mentaliti mereka, kenyataan-kenyataan yang mereka keluarkan

"Anda(pemimpin) sepatutnya sembah Tuhan dan berkhidmat untuk masyarakat, bukan sembah PM dan berkhidmat untuk masyarakat", tegas TMJ.

"Kemudian saya mula terfikir, Oh Tuhan, kita di tempat yang sama(Malaysia). Apa yang akan berlaku pada Johor di masa hadapan? Apa yang akan berlaku pada rakyat Johor di masa hadapan?", kata TMJ sambil berkata beliau berharap agar perkara ini berubah satu masa nanti.

"Jika saya tak boleh ubah apa yang berlaku di atas sana, saya lebih selesa perbetulkan beberapa perkara di sini ", sambung beliau lagi.

TMJ juga turut berkata mereka yang mencemuh inisiatif-inisiatif yang dilakukan oleh kerajaan Johor sebagai 'takutkan bayang sendiri'.

"Sejujurnya, ramai yang akan berkata, Ooo Johor akan datang dengan bank mereka sendiri, tentera mereka sendiri blablabla itu dan ini

"Saya rasa orang-orang ini adalah mereka yang takutkan bayang-bayang sendiri

"Kerana jika anda benar-benar membuat analisa dengan betul, kami cuma mahu memberi khidmat kepada rakyat dengan sebaiknya", kata TMJ.


20 comments:

  1. Juga bkn sembah dia. Komen org cium tangan Najib. Abis yg cium tangan dia x pe plak. Ada jaminan syurga ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 10.45 "Abis yg cium tangan dia x pe plak. Ada jaminan syurga ke?"

      Takder jaminan chai....

      Tapi makan dedaki al harami al syubhahi hasil dari rembatan dan pengnyolapan najib keatas 1mdb adalah haram lagi kufur chai.

      Inilah dinamakan penganaiyaan keatas rakyat chai2 sekalian.

      Delete
  2. Terbak lah TMJ. Sat lagi kita tengok apa pemakan dedak UMNO nak balas....

    ReplyDelete
  3. Ada yg sembah najib ka selain Allah.
    Kalau ya pun nak tunjuk jaguh agama jgn sampai mengeluarkan kenyataan yg bercelaru.
    Manusia blh jatuh kapir hanya kerana bercakapengikut perasaan benci,dendam dll.
    Na'uzubillahhiminzalik

    ReplyDelete
    Replies
    1. 11.41, Tu hari TMJ kutuk Tun M ok plak? tak jatuh kafir ke?

      Delete
    2. Lebih baik dari Pemimpin yang sakao duit rakyat berbillion billion!!!

      Macam Sial lu!!!

      Delete
    3. Ada. Cium tgn sampai mcm nk rukuq.

      Delete
  4. hahahahahha......Secara jujur....TMJ telah melaksanakan tugas sebagai anak Raja...menasihati manusia. Terpulang pada yang menerima, if you think positively and look into the issue brought up by TMJ...You would understand better. But if you look into it with emotional, then it is too bad for you. It is same as mentioned by TMJ, Kemudian saya mula terfikir, Oh Tuhan, kita di tempat yang sama(Malaysia). Apa yang akan berlaku pada Johor di masa hadapan? Apa yang akan berlaku pada rakyat Johor di masa hadapan?", kata TMJ sambil berkata beliau berharap agar perkara ini berubah satu masa nanti.

    Baginda hanya meceritakan perihal rakyatnya di Johor. Tentu sebagai seorang anak raja yang akan menggantikan Ayahnda baginda, TMJ berhak mempertahankan rakyatnya.

    Welcome to Johor Darul Takzim. We love our contry, we love peace and hormany and we love our HRH Sultan Johor and HRH TMJ.

    Saya bangga menjadi bangsa Johor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. BETOL BRO!!

      GUA SETUJU 200%!!!

      Delete
    2. I LUV U JOHOREAN!!!

      Delete
    3. Saya bangga jadi orang Islam..

      Delete
  5. cakap siang pandang-pandang,jangan lupa roda hidup sentiasa berputar,bersyukurlah masa kita masih dilimpahi kekayaan oleh Allah,jangan terlalu takbur.

    ReplyDelete
  6. Tiada siapa yang sembah Najib. TMJ salah faham. Maklum lah Johor baru menang Piala FA hingga lupa antara Najib dan Allah swt

    ReplyDelete
  7. TMJ... baik istiharkan Johor dari Malaysia dan asingkan pemimpinnya dari puak AhJibNok!!

    ReplyDelete
  8. Di kalangan TMJ pun ada kaki ampu. Ada pernah TMJ dan Isteri kena maki hamun seperti Najib kena. Boleh tahan telinga kah sekiranya TMJ dan keluarga dicarut seperti Najib kena.

    Adakah TMJ marah sangat kepada Najib kerana tidak mengikut terlunjuk Tun yang selama ini memperkayakan Vibcent Tan dan kerabat TMJ ada kepentingan dalam Berjaya Group kepunyaan Vincent Tan. Mohon pencerahan agar rakyat seperti kami lebih jelas tentang perkara yang sebenar.

    Kaki ampu dan pemakan dedak ada dimana-mana, di kampung, di kota, di pondok mau pun di Istana. Seperti anom 1233 baguslah kamu bangga jadi bangsa Johore. Orang lain pun bangga juga jadi bangsa Melaka, Perak, Selangor, Kedah, Kelantan, Perlis, bangsa Sungai Buluh, Skudai, Tampoi, Tanjung Rambutan dan jutaan bangsa di dunia ini.

    Ingat bukan rakyat Johor sahaja yang mempertahankan Raja-raja Melayu. Bangsa Melayu keseluruhannya yang mempertahankan Raja-raja Melayu. Jangan terlalu angkuh hingga menidakkan Bangsa Melayu dan mengagungkan pendatang mamak dan tongsan.

    Jika tidak kerana Anak Raja kami Tungku Abdul Rahman Putra yang mengembalikan tahta Raja-raja Melayu dengan menentang Malaya Union, di mana agaknya TMJ sekarang ia !

    ReplyDelete
    Replies
    1. TARP tu anak siam la woii.. Check la dulu mak dia siapa . So hgpa kena berterima kasih dgn anak siam tu...

      Delete
  9. Di kalangan TMJ pun ada kaki ampu. Ada pernah TMJ dan Isteri kena maki hamun seperti Najib kena. Boleh tahan telinga kah sekiranya TMJ dan keluarga dicarut seperti Najib kena.

    Adakah TMJ marah sangat kepada Najib kerana tidak mengikut terlunjuk Tun yang selama ini memperkayakan Vibcent Tan dan kerabat TMJ ada kepentingan dalam Berjaya Group kepunyaan Vincent Tan. Mohon pencerahan agar rakyat seperti kami lebih jelas tentang perkara yang sebenar.

    Kaki ampu dan pemakan dedak ada dimana-mana, di kampung, di kota, di pondok mau pun di Istana. Seperti anom 1233 baguslah kamu bangga jadi bangsa Johore. Orang lain pun bangga juga jadi bangsa Melaka, Perak, Selangor, Kedah, Kelantan, Perlis, bangsa Sungai Buluh, Skudai, Tampoi, Tanjung Rambutan dan jutaan bangsa di dunia ini.

    Ingat bukan rakyat Johor sahaja yang mempertahankan Raja-raja Melayu. Bangsa Melayu keseluruhannya yang mempertahankan Raja-raja Melayu. Jangan terlalu angkuh hingga menidakkan Bangsa Melayu dan mengagungkan pendatang mamak dan tongsan.

    Jika tidak kerana Anak Raja kami Tungku Abdul Rahman Putra yang mengembalikan tahta Raja-raja Melayu dengan menentang Malaya Union, di mana agaknya TMJ sekarang ia !

    ReplyDelete
  10. Najib ka,anak raja,penoreh getah ka Dan dgn aku sekali akan mengadap illahi Dan menunggu seksaan Dari yang maha esa.

    ReplyDelete
  11. Sapa yg bwk projek juta2 kt johor? Jgn lupa diri plak. Harapkn projek kerabat sapa yg krjakan? Tu kontraktor China yg pulun sume. Kata nk majukan bangsa johor. Tp peluang bg org luar pehal? Sama gak semangat johor x sampai di hati bila mnag piala fa kemarin. Pasal rata2 star bkn org johor pun. X sama cam tahun 1998 waktu johor menang fa dulu.

    Pada yg kata pm penyamun. Perampas harta rakyat bagai, sila buat repot polis kalau betul ada bukti. Cakap kalau x de bukti memang jenis setongong2 manusia kt muka bumi ni. Mati lbh baik dari jadi penyebar fitnah la setan..

    ReplyDelete
  12. 8.04 "Pada yg kata pm penyamun. Perampas harta rakyat bagai, sila buat repot polis kalau betul ada bukti."

    Dah buat laporan polis dah, adik nie kecik lagi nie...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com