innity

pages

Sunday, May 1, 2016

[VIDEO] Anak muda tak mahu lagi dengar nama UMNO kerana Najib


Masalah negara yang dicetuskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, khususnya membabitkan skandal dalam 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan wang dalam akaun peribadi beliau menyebabkan golongan muda sekarang menolak UMNO.
Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, isu yang berlaku dalam syarikat pelaburan negara itu adalah permulaan kepada tercetusnya krisis keyakinan rakyat terhadap UMNO.
“Jika tanya anak muda sekarang mengenai UMNO, mereka tidak mahu dengar nama UMNO. Mereka menolak UMNO. Walhal, bukan salah kita. Ia salah pucuk pimpinan,” katanya berucap pada jelajah Selamatkan Malaysia di Johor Bahru, kelmarin.
Justeru, beliau tegas mendesak Najib melepaskan jawatan Perdana Menteri dan Presiden UMNO.
“Hanya dengan cara itu, selamatlah keadaan, selamatlah negara, kerana yang berhimpun depan saya adalah yang sayang negara.
“Jangan atas alasan kepentingan politik ke, atau orang Melayu itu sahaja, maka kita pejam sebelah mata walhal kemungkaran berlaku betul-betul di depan mata kita,” katanya.
Mengulas lanjut Mukhriz berkata, beliau pada awalnya tidak mengetahui secara terperinci berhubung kewujudan syarikat itu, malah tidak mahu mengambil tahu mengenainya.
“Saya tak ambil tahu sangat sebab takut ada kebenaran disebalik dakwaan yang dibuat yang akhirnya akan menjejaskan kedudukan kita. Maklumlah Menteri Besar, jadi kita pun takut-takut juga, silap-silap ada tempias yang dirasai di peringkat negeri,” katanya.
Mengenai pinjaman 1MDB, beliau berkata, wang yang dijamin kerajaan itu adalah hasil daripada sistem percukaian rakyat di negara ini termasuk cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
“Duit kerajaan datang daripada mana, kalau tidak daripada cukai, daripada GST yang rakyat bayar setiap hari.
“Itulah ketidakadilan GST. Kos sara hidup semakin tinggi, dan rakyat semakin tertekan,” katanya. - ismaweb

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com