innity

pages

Sunday, May 1, 2016

Usul pecat Umno: Apalah nasib saya, kata Muhyiddin


Timbalan Presiden Umno yang digantung, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau sendiri tidak tahu bagaimana nasibnya selepas ini ketika ada pihak dikatakan cuba mengemukakan usul untuk memecat beliau daripada Umno.
"Ada orang usulkan nama saya untuk dipecat dan saya pun tak tahu apa nasib saya selepas ini," kata Muhyiddin.
Bekas timbalan perdana menteri itu berkata demikian ketika menjawab soalan salah seorang peserta Dialog generasi muda: Integriti dan masa depan di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya, Kuala Lumpur, hari ini.
Menteri Pelancongan yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Nazri Aziz kelmarin berkata beliau berhasrat untuk mengemukakan usul pemecatan Muhyiddin dan Mukhriz daripada Umno pada mesyuarat parti itu akan datang yang dijadualkan selepas pilihan raya negeri Sarawak Ke-11.
Dalam pada itu, Setiausaha Kerja Umno, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dalam reaksi balasnya berkata, anggota MT Umno berhak menyuarakan pandangan dan mengemukakan usul pemecatan Muhyiddin dan Mukhriz.
Ab Rauf berkata, pandangan berkenaan juga selaras dengan rasa hormat ahli-ahli MT terhadap kepimpinan institusi Umno yang menerima pelbagai tohmahan dan fitnah yang menjejas reputasi parti itu.
Sementara itu, Muhyiddin ketika diminta mengulas pilihan raya negeri Sarawak, ahli Parlimen Pagoh itu berkata, beliau tidak mahu bercakap langsung mengenainya.
"Saya tak mahu bercakap langsung," katanya ringkas sebelum berlalu pergi meninggal media.
Kempen pilihan raya negeri Sarawak masuk hari ketujuh hari ini.
Baki kempen kini tinggal enam hari lagi sebelum pengundian 7 Mei ini.
Pada pilihan raya negeri kali ini sebanyak 82 kerusi DUN dipertandingkan termasuk 11 kerusi baru.
BN menang tanpa bertanding di dua kerusi pada hari penamaan calon 25 April lalu. - MK

5 comments:

  1. Majlis raja pecat najib
    Bersihkan pentadbiran
    Lantik yang telus

    ReplyDelete
    Replies
    1. BUDU,MAJLIS RAJO2 MANO ADO KUASA NOK PECAT PM.MUNG TAK PUAS HATI TUNGGU PRU14 NANTI.MASO TU MUNG BOLEH JATOHKAN PM KALU PUAK2 MUNG MENEY MAJORITI.MUNG INGAT NOK PECAT PM DINEGARA NI BOLEH BUAT MACAM MUNG NOK BUANG ANOK AYAM KE.

      Delete
  2. Untuk TSMY lebih baik berundur saja. Yang sudah tu sudah lah, tumpukan perhatian kpd keluarga dan diri sendiri, jaga minda dan kesihatan. Buat pula kerja-kerja amal dikawasan parlimen paguh. Mungkin rakyat paguh sayang kpd TSMY dan masa ini lah masa yg paling sesuai untuk beliau menjalankan kerja amal dan memperkuatkan minda dalam keagamaan. Tinggalkan bidang politik, beri peluang kpd kepimpinan muda untuk nencorakan negara.

    ReplyDelete
  3. Dalam umno yg muda bersuara lantang kene cantas... Yg tua suara lantang pun kena cantas... Dari cawangan lagi benda ni dah lama berlaku. Nak naik nak jawatan kena angguk selalu.

    ReplyDelete
  4. UMNO bukan di Transformasikan tetapi di KUNO kan....dah jadi zaman FIRAUN pulok dohh...siapa yg menentang akan dihukum..siapa yg memuji dan MENGAMPU diberi ganjaran...Rosak dah UMNO skg nihh...tunggu masa LENYAP dari muka bumi dohh nihh....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com