innity

pages

Saturday, May 7, 2016

[TROWONG P.PINANG] Hanya untuk kertas kerja asas, akan menelan kos RM305 juta


KUALA LUMPUR,(Bernama) -- Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata kajian kebolehlaksanaan bagi projek berskala besar seperti terowong dasar laut Pulau Pinang sepatutnya melibatkan kos kurang daripada RM305 juta.

Fadillah berkata berdasarkan pengalaman beliau sebagai Menteri Kerja Raya, kajian seperti itu sepatutnya melibatkan kos yang rendah kerana peratusan daripada kos projek boleh dirunding untuk dikurangkan kepada kadar hari bekerja berikutan skop dan jumlah yang terlibat adalah besar.

"Saya terkejut apabila mendengar pendedahan (Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional) Datuk Abdul Rahman Dahlan bahawa kajian bagi projek Terowong Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion itu, yang katanya hanya untuk kertas kerja asas, akan menelan kos RM305 juta.

"Adalah juga dikesalkan apabila mendengar bahawa dengan jumlah sebesar itupun, kerajaan Pulau Pinang menghadapi kelewatan untuk menyiapkan kajian mereka," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Fadillah berkata kementerian itu mempunyai kepakaran untuk menjalankan kerja tersebut dengan kos jauh lebih rendah daripada RM305 juta serta boleh menjamin kajian itu dapat disiapkan mengikut jadual.

"Oleh itu, saya ingin menawarkan bantuan kepada kerajaan negeri Pulau Pinang melalui Jabatan Kerja Raya tentang bagaimana kami boleh membantu untuk mengurangkan kos bagi kajian kebolehlaksanaan itu serta memberi jaminan ia akan disiapkan mengikut waktunya, berbanding pelbagai kelewatan yang sudah mereka alami," katanya.

Pada sidang akhbar hari ini, Abdul Rahman meminta kerajaan Pulau Pinang memberi penjelasan bagaimana kajian kebolehlaksanaan cadangan membina terowong dasar laut Pulau Pinang boleh melibatkan kos hingga RM305 juta.

Katanya, jumlah itu terlalu tinggi dan tidak munasabah kerana ia hanya melibatkan kertas kerja dan laporan penyelidikan bagi pelaksanaan projek.

-- BERNAMA

1 comment:

  1. TAK APA ORANG SEBELAH BOLEH BUAT APA SAJA TAK SALAH,YANG JADI SALAH JIKA PIHAk KERAJAAN YANG BUAT SIANG MALAM 24/7 MERIKA AKAN MERATIB PERKARA TERSEBUT.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com