innity

pages

Friday, May 6, 2016

[TERLAJAK MARAH] Ahmad Bashah MALUKAN SAYA, kata pengasas D' Herbs, Saya CABAR....


Pengasas produk D’Herbs, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman kecewa terhadap Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah yang mengeluarkan kenyataan tanah rakyat Kedah tidak tergadai selepas menolak tajaan syarikatnya.
Aliff berkata, kenyataan Menteri Besar Kedah itu amat memalukan dirinya seolah-olah beliau ingin mendapat tanah di negeri itu secara percuma hasil tajaan bernilai RM30 juta.
Katanya, Ahmad Bashah sudah sedia maklum segala butiran perbincangan yang berjalan selama hampir tiga bulan dan beliau boleh berterus-terang jika ada terma perjanjian tajaan yang tidak dipersetujuinya.
"Saya cabar siapa yang boleh buktikan yang saya minta tanah percuma di Kedah dan saya boleh beri RM100 juta dan bukannya RM30 juta.
"Semua terma perjanjian syarikat saya hanya menyebut pemohonan untuk membangunkan Bandar D'Herb dengan usahasama anak syarikat kerajaan negeri.
"Perbadanan Kerajaan Negeri Kedah (PKNK) yang menawarkan sendiri tanah di Bandar Sejahtera di Pokok Sena yang terbengkalai sejak tahun 2008," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media bagi menjawab pelbagai tuduhan selepas KFA menolak tajaan D'herb Holding (M) Sdn. Bhd. sebanyak RM30 juta pada Selasa lalu.
Ahmad Bashah dalam laman sosial Facebook sempat mengeluarkan kenyataan sejurus penolakan tajaan itu dengan berkata tanah rakyat Kedah akan dipertahankan dan tidak akan digadaikan. -- MalaysiaGazette

10 comments:

  1. Terlajakkk tanahhh,terlajakkk gadaiii,terlajakkk bashahhh hehehe....

    ReplyDelete
  2. Ahmad bangsat ni pei la mabok..
    Nak bagi taja byk songea ahmat bangsat

    ReplyDelete
  3. projek tu terbengkalai zaman bashah ker?

    ReplyDelete
  4. Aliff,hg taja 30mil byk ooii bukan calang2 kecik duit Tu..
    Tp simbolik nya hg mesti nk blk return income dr duit hg yg dah labur.KFA dah nmpk Dan pandang jauh benda2 mcm Ni.hang tk payah buang masa nk mengomel sana sini...budak hingusan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melayu bodoh. Kalau dah x suka tu janganla nak malukan org tu.

      Delete
  5. Hidup dato aliff !!!! Kalau nak tau pasai apa. Pasai mula dulu bincang dengan Mukhriz. Tu pasai tak proceed. Badshah bukan saja bodoh nak mampus ..pendendam pun ye jugak. Kalau betul jadik macam tu ..cari lawyerlah dato ..telanjangkan badshah ni. Banyak peguam yang boleh buat tu. Percuma pun ada sekali. Jangan biarkan Badshah ni terus tipu kita semua ..tunggu hari selasa dato ..terlajak samannnnnnn

    ReplyDelete
  6. Ni baru betul katakan. . Badshah si ular jenis pemakan dedak. . Cuba mengmbil hati penduduk kedah. . Keperihatinan tentang TANAH KEDAH. . BADSHA RAKYAT KEDAH DAH TAHU TENTANG PEEL KAMU. . NAK TUNUJUK BERSIH. .SUCI. . PIRaaah..

    ReplyDelete
  7. Tak dapat kat dia pe lagi... Tolak lee

    ReplyDelete
  8. Dia nak tunjuk hero..yang boss dia gi jual tanah rakyat tu lagu mano pulok..

    ReplyDelete
  9. Dia reject kerana mungkin fulus tak masuk akaun dia kot ? Bos dia jual habis pasal fulus masuk akaun ribu ribu juta ..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com