innity

pages

Sunday, May 1, 2016

[TERKINI] Ahmad Razif KEKAL MB Terengganu dan jalan tugas seperti biasa - PM Najib


KUALA LUMPUR: Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abd Rahman akan terus kekal sebagai Menteri Besar negeri itu dan menjalankan tugasnya seperti biasa. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata perkara itu diputuskan selepas mengadakan pertemuan dengan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin semalam. 

Beliau berkata, dengan pengumuman itu, diharap tidak akan timbul lagi sebarang persoalan dan andaian mengenai kedudukan Ahmad Razif sebagai Menteri Besar. 

"Sekarang ini perlu tumpu kepada tanggungjawab dan tugas untuk terus memastikan pentadbiran Kerajaan Terengganu berjalan lancar untuk menjamin pembangunan serta kesejahteraan rakyat," katanya pada sidang media selepas majlis Sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2016 di sini, sebentar tadi. 

Mengenai sama ada darjah kebesaran yang ditarik balik daripada Ahmad Razif akan dianugerahkan semula kepadanya, Najib berkata, itu adalah hak Sultan Terengganu dan beliau tidak mahu masuk campur mengenai perkara itu.

4 comments:

  1. sultan dah tak suka, masih nak kekalkan razif mmg cari nahas le

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku bekuasa. Itu hak aku. Apa korang boleh buat ?

      Delete
  2. Minta Ahmd Said ajar najib fahamkan maksud Sultan pd Razif sbb Najib ni lembab.

    ReplyDelete
  3. Biarkan sbb lagi cepat Deklarasi Rakyat yg akan dipersembahkan kpd Majlis RAJA2 Melayu akan diperkenankan selepas ini..
    Inilah tanda nya UMNO/BN tak Hormat kpd Sultan...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com