innity

pages

Sunday, May 8, 2016

Tanya bila PM mahu undur, wartawan UK disekat ke sidang media


Wartawan dan jurugambar dari United Kingdom tidak dibenarkan membuat liputan sidang media keputusan pilihan raya Sarawak selepas bertanya perdana menteri sama ada beliau akan meletakkan jawatan.
Ketika Datuk Seri Najib Razak tiba di Wisma Bapa di Kuching, wartawan Channel 4 News itu bertanya sama ada Najib akan berundur.
Najib terus berlalu tanpa mempedulikan Jonathan Miller dan juruvideonya.
Beliau kemudian menuju ke arah tempat sidang media sebelum diberhentikan oleh seorang lelaki yang berkata: “Ini bukan negara kamu”.
Miller kemudian bertanya kepada polis bertugas sama ada beliau dibenarkan masuk.
Selepas meminta pengesahan beliau tidak dibenarkan membuat liputan, Miller berlalu pergi.
Bercakap kepada pemberita, beliau berkata bertanya soalan yang jawapannya dimahukan oleh rakyat Malaysia. - MK

18 comments:

  1. tindakan sekatan kepada wartawan uk tersebut adalah betul. ianya berbeza jika soalan itu diajukan oleh wartawan warganegara malaysia, untuk media malaysia. amalan negara luar juga adalah sama. adakah pemimpin2 utama dunia seperti dari us, germany, australia, china, jepun, korea akan melayani soalan2 berbentuk provokasi begini? sudah tentu tidak. malaysia adalah hak rakyat malaysia. tiada campur tangan asing diperlukan oleh rakyat malaysia untuk memilih siapa dan bagaimana bentuk pemerintahan yang diingini. jangan sesekali muka diberi kepada agen2 luar yang bersifat talam dua muka, telunjuk lurus kelingking berkait.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyo la luncai

      Delete
    2. Sokong bro..

      Delete
    3. Benar saudara..wartawan didalam negara kita perlu lah lebih berani bertanyakan soalan soalan cepumas spt wartawan luar itu lakukan..malu lah kita andai wartawan negara luar lebih berani,lebih simpati,lebih patriotik terhadap malaysia dan rakyat nya..kemungkinan besar wartawan kita 'takut'kan sesuatu andai soalan berani mati di ajukan kpd INDIVIDU tersebut..

      Delete
    4. Dah nama pun 'wartawan'...dia buat kerja 'kewartawanan' la, dia bukan buat kerja politik...'Politician' yg buat kerja politik..


      Wartawan TAK makan songlap lesap khianat harta rakyat...Itu kerja Politician...Contohnya macam si Ajib ni..


      Ko jangan cakap macam manusia bingai la! Cakap membohong jer!


      Dimana-mana 'Negara Maju' didunia ni, mereka semua mengamalkan 'free media'...Jadi takde dikalangan 'Negara Maju' yg sekat liputan media...Mereka semua faham bahawa jika mereka kata mereka ni 'Negara Maju', maka mereka perlu 'KEBEBASAN MEDIA'...

      Kita perlu hadapi 'kebebasan media' ni, bukan lari mengelak!

      Kalau dah takde apa yg nak disembunyikan, apa yg nak takut dgn media???

      KREDIBILITI dah takde...sebab itu Ajib mengelak dgn media, mengaku je la...kan lebih mudah...

      Tapi Ajib mana tau rasa malu? Kan???


      Hanya negara Malaysia sahaja yg masih SYOK SENDIRI!

      Kita rakyat semua ni jugak takde rasa malu ke???

      Delete
  2. Alah....rakyat sendiri tak bleh bertanya apa lagi org luar... Jawap aje lah dgn tegas... TIDAK... bengong

    ReplyDelete
  3. You are a donkey!...my friend. Apa agen nye kalau penasihat PM dulu pun (tak tahu lah kalau dah berhenti), ramai punahsihat luar negara!...so dok jadi macai murahan...tengok tubuh diri sendiri dulu. Jgn sedap mulut, dah banyak dedak dalam telinganya.

    ReplyDelete
  4. Sapa sapapun jangan soal. Biar sahaja apa depa nak buat selagi berkuasa. Bila tiba masanya nanti, soal saja di mahkamah.

    ReplyDelete
  5. Berani ke wartawan Malaysia bertanya soalan yg sama?... Lepas tanya ada orang follow balik.

    ReplyDelete
  6. KAWE TULONG JAWAP"TOK NAJIB AKAN UNDOR BILA TIBA MASA NYA NANTI"

    ReplyDelete
  7. Mengapa dia tak Tanya bila PM UK nak letak jawantan?

    ReplyDelete
  8. Ini tabiat daripada PM22 dan mantan TPM 2Lubang. Apa saja yang meruntun kalbu mereka maka media luar lah tempat mereka mengadu nasib.

    ReplyDelete
  9. Tanya pun tak boleh, begitu jugalah nasib yang di terima TSMY.

    Dalam kes TSMY, bukan setakat tak boleh bertanya, terus dibuang!

    Zalim tak Najib?

    Korup tak Najib?

    Najib menganaiya rakyat atau tidak?

    ReplyDelete
  10. wartawan gila,suka jaga tepi kain negara orang.... pm diaorg bila pulak nak turun?

    ReplyDelete
  11. Dedak .. oh .. dedak ..

    ReplyDelete
  12. Orang nak buat LAWak pun TAK BOLEH..

    Cakapla lagi 10 tahun

    ReplyDelete
  13. Ngam jgn kasi muka. Suruh urus hal mereka sendiri

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com