innity

pages

Wednesday, May 4, 2016

[SUKAR PENUHI SYARAT] Kedah ENGGAN TERIMA tajaan RM30 juta D'Herbs


ALOR SETAR, 4 Mei — Kedah menolak tawaran tajaan berjumlah RM30 juta daripada D’Herbs Healthy Sdn Bhd (D’Herbs) kerana sukar memenuhi syarat syarikat kosmetik itu.
Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) berkata tawaran itu tidak boleh diterima kerana draf perjanjian tersebut di luar bidang kuasa persatuan, kata setiausahanya Datuk Aminuddin Omar.
“Agak sukar untuk KFA terima draf itu kerana ada yang melibatkan kerajaan negeri,” katanya di sini seperti dipetik portal Sinar Harian hari ini.
“Walaupun nampak kita sinonim dengan kerajaan negeri, namun sebenarnya ia adalah dua badan yang berbeza kerana KFA hanyalah sebuah persatuan sahaja.”
Keputusan itu diambil dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh presiden KFA, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Hanipah baru-baru ini.
Persatuan itu menolak tawaran D’Herbs yang dimiliki Datuk Aliff Syukri Kamarzaman, atau dikenali juga “abang terlajak laris”, seperti dikemukakan pada draf 27 April lalu, kata Aminuddin.
Beliau juga menyeru kepada KFA atau D’Herbs agar tidak membuat kenyataan lanjut berhubung isu tersebut melalui media “demi menjaga imej kedua-dua pihak”.
Portal Kosmo! pula melaporkan Aminuddin berkata keputusan Kedah itu sudah muktamad dan tidak bercadang berunding lagi.
Tambahnya, walaupun tanpa penajaan itu, KFA mampu menguruskan pasukan dengan baik.
Aliff Syukri sebelumnya mengumumkan D’Herbs sedia memberi tajaan RM30 juta selama tiga musim.
Beliau dilaporkan tidak akan mengenakan “syarat pelik” dan berjanji tidak campur tangan pengurusan KFA.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com