Kesemua kenderaan itu tiba bersama kenderaan rasmi Guan Eng dipercayai dari Ibu Pejabat SPRM negeri di Jalan Sultan Zainal Abidin di sini, yang mana Guan Eng pada awal tengah hari tadi dikatakan hadir memberi keterangan kepada pihak berkuasa berkenaan.

Bagaimanapun, tiada pengesahan daripada pihak SPRM berhubung perkembangan terbaharu siasatan ke atas Guan Eng itu selepas kesemua pegawainya gagal dihubungi.

Dua minggu lalu, Guan Eng turut dipanggil selama dua hari berturut-turut dengan lebih 10 jam berada di SPRM negeri untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung pembelian banglonya itu pada harga di bawah pasaran

Banglo itu dibeli Guan Eng daripada seorang ahli perniagaan wanita, Phang Li Koon dengan harga hanya RM2.8 juta sedangkan nilai pasaran semasanya boleh mencecah sehingga RM5 juta.

Pembelian itu turut dikaitkan dengan penjualan tanah di Taman Manggis oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang kepada syarikat swasta juga pada harga luar biasa murah. - UTUSAN ONLINE