innity

pages

Monday, May 2, 2016

Shahbudin Husin:[ RM28 RIBU JUTA] Kalau NAJIB PUN TAK TAHU, PENCACAI lagilah TAK TAHU APA-APA


Berucap di Johor Bahru, Jumaat lalu, Muhyiddin Yassin membidas Najib Razak yang hanya mendiamkan diri seolah-olah tidak tahu mengenai transaksi kewangan 1MDB yang tidak dapat disahkan berjumlah AS$7 bilion atau RM28,000 juta, meskipun sudah didedah dalam Laporan PAC, baru-baru ini.

"AS$7 bilion mengalir kepada pihak yang tak tahu siapa terima, siapa yang luluskan?

"Najib perlu bertanggungjawab, tapi dia tak pernah jelaskan soal itu," kata Muhyiddin di depan ribuan hadirin.

Sebetulnya memang Najib tak tahu apa-apa pun, yang beliau tahu hanyalah tandatangan saja. Sebab itu, bukan saja duit hilang dia tak tahu, duit SRC International masuk dalam akaun sendiri pun dia tak tahu.

Mujur dia masih tahu berbelanja dan agih-agihkan duit daripada akaun peribadinya. Itulah Najib....


Pencacai?

Kalau Najib tak tahu, pencacai lagilah tak tahu apa-apa. Tak hairan mengapa jawapan mereka bukan saja berbeza-beza, tapi semuanya tak betul belaka. Mereka jawab main bedal saja, mungkin ikut berapa banyak dedak yang diterima.

Sekarang ini bila semakin banyak isu 1MDB terdedah, semua diam belaka. Rahman Dahlan, Salleh Said Keruak, Shabery Cheek, Azalina Othman Said, Nazri Aziz, Annuar Musa, Ahmad Maslan dan yang lain-lain semuanya sudah hilang suara mengenai 1MDB.

Hakikatnya, Najib dan pencacainya sama saja - tak tahu apa-apa. Itulah wajah pemimpin dan kerajaan yang kita ada. 

(http://shahbudindotcom.blogspot.my/ 01/05/2016).

3 comments:

  1. Bukan tak tau...Perut Dan tembolok masing2 dah kenyang, hasil duit haram, macam ular sawa, beri jawapan? Dah beri jawapan dah...

    Bila Tanya betul ada wang masuk akaun Najib?

    Pembaca sekalian pun dah tau apa jawapan mereka...

    Halal atau haram? Sah atau salah? Ikut peraturan undang2 atau tidak? Guna duit rakyat tak?

    Jawapan terbaru pencacai?

    Banglo, pokok manggis Dan team a b c d e hingga z.

    ReplyDelete
  2. BUKEY TAK TAHU,TOK NAJIB MALAS NOK LAYEY.KALU JAWAP PUN DEMO PUTAR KOT LAIN PULOK SEBAB DEMO BUKEY NOK KO JAWAPEY.DEMO SAJO2 NOK KECEK ATAS PENTAS SEBAB KALU TAKLEH NAIK PENTAS CERAMOH DEMO KENO DEMEY KURA NANTI.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sendiri putar sendiri terbelit..macai dedak tak tau apa pun janji kenyang tembolok. Tuuiih

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com