innity

pages

Monday, May 2, 2016

Shahbudin Husin: [MENGKAFANKAN KEMALAYSIAAN] ADENAN SATEM TERBUKTI LEBIH "TERUK" DARIPADA TAIB MAHMUD


Menteri Besar Selangor, Azmin Ali antara yang dibenarkan masuk ke Sarawak, tapi hanya sehingga 2 Mei.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang sebelumnya tidak disekat, tiba-tiba diberitahu hanya boleh berada sehingga 5 Mei saja.

Ketua Pembangkang, Dr Wan Azizah yang selama ini dilarang,  akhirnya dibenarkan masuk ke Sarawak, itu pun setelah menulis surat kepada Ketua Menteri, Adenan Satem. Tetapi tempohnya sehingga 5 Mei juga.

Rafizi Ramli, sebelumnya dilarang, tapi malam tadi diberi kebenaran masuk ke Sarawak selama lima hari. Bermakna, 5 Mei kena keluar daripada Sarawak.

Sejumlah yang dilarang masuk ke Sarawak, terus dihalang. Yang diberi kebenaran pula hanya diberikan ruang masa sehingga 5 Mei saja.

Azmin dilaporkan mahu datang kembali ke Sarawak pada 4 Mei, tapi nasibnya tentu saja sukar dijangka, silap-silap 5 Mei tetap diarahkan keluar daripada negeri itu.

Hari mengundi  pilihanraya negeri  ialah 7 Mei, tapi menjelang 5 Mei semua dihalau keluar daripada Sarawak. 

Secara tidak langsung, majoritinya nanti hanya  pemimpin-pemimpin UMNO dan BN saja yang dibenarkan berada di Sarawak dalam tempoh kritikal dua hari sebelum pembuangan undi.

Umpama main bola, di sepuluh minit terakhir, tiada pemain lawan dibenarkan berada dalam padang, kecuali penjaga gol manakala pasukan tuan rumah tiada halangan sama sekali menurunkan kesebelasan pemain.

Begitukah demokrasi yang difahami oleh Adenan Satem?

Di mana di dunia ini ada keadaan seperti itu berlaku dalam pilihanraya?

Itulah Sarawak sekarang. Adenan Satem nyata lebih "teruk dan menjengkelkan " berbanding Taib Mahmud. 

Beliau bukan saja "membunuh" erti demokrasi dan "mengkafankan" semangat keMalaysiaan, malah "menguburkan" sama sekali  intergrasi nasional antara Semenanjung dengan Sarawak. (http://shahbudindotcom.blogspot.my/ 02/05/2016).

5 comments:

  1. Bila ada kuasa autonomi begitulah jadinya. Ditakdirkan pembangkang jadi kerajaan di Sarawak, pastinya PM dan segala Menterinya pun akan disekat atas nama hak rakyat Sarawak. Jadi perkara ni takde hal melainkan hanya pada orang yang rasa terkena pada batang hidung dia sendiri. Dah pasti melalak tak tentu pasal. Semua kena ingat ini adalah hak autonomi negeri Sarawak dan Sabah. Bukan sebab BN yang berkuasa di sana benda ni jadi macamtu. Siapa boleh beri jaminan jika pembangkang menang di Sarawak mereka pun tak buat yang KM sekarang ni kuatkusakan? Mana bolehkan sebab ianya adalah hak autonomi ekslusif rakyat Sabah dan Sarawak yang telah dipersetujui lama dahulu.

    ReplyDelete
  2. Sabar admin..sabar...jangan meroyan banyak sangat nnt putus urat kentoad

    ReplyDelete
  3. Democracy kebencian.. Lebih bnyk benci dari fakta..
    Bila disaman..cari helah hanya gurau.. Pilihan rajyat tiada sbb semua sudah gila, gala kuasa..
    Harap pilihan ketiga muncul yg lebih meyakinkan..

    ReplyDelete
  4. dah kay org juga yg bak kuasa autonomi bagi sarawak tapi bila dia org gunakan kau bising pulak...

    ReplyDelete
  5. Apa nak kecuh.ikut dialah nak beri ke tak dtg ke serawak. Kalau dah ada autonomi apa nak bising-bising bukan kita dpt apa pun. Kalau aku jadi km serawak jgn harap pemimpin pembangkang aku nak beri masuk hibgga selesai pilihanraya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com