innity

pages

Wednesday, May 4, 2016

Shahbudin Husin: MENGAKULAH, PENAMATAN POLIS PENGIRING TUN M SEMATA-MATA KERANA DEKLARASI RAKYAT!!


Seperti yang disebut semalam oleh Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi, akhirnya Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar tampil menjelaskan sebab-sebab khidmat polis pengiring ke atas Tun Mahathir Mohamad ditarik balik.

Katanya, keistimewaan kepada bekas Perdana Menteri itu ditarik balik kerana Tun Mahathir terlibat dalam perhimpunan haram dan anti kerajaan seperti Bersih, membantah GST serta mengumpul tandatangan untuk Deklarasi Rakyat.

Boleh diterimakah hujah-hujah Khalid itu?

Perhimpunan Bersih bila? Perhimpunan anti GST bila?

Tidakkah kedua-dua perhimpunan itu diadakan beberapa bulan sebelum ini?

Tetapi, kenapa baru sekarang khidmat polis pengiring itu ditarik balik?

Terbukti di sini bahawa kebimbangan utama Najib Razak, tetapi dengan menggunakan Khalid untuk bersuara, ialah semata-mata kerana bimbangkan terhadap Deklarasi Rakyat yang sudah mula mendapat sokongan rakyat.

Ternyata tindakan itu diambil ialah untuk mengganggu kelancaran Tun Mahathir pergi ke sana ke mari bagi mengumpul 1 juta tandatangan bagi Deklarasi Rakyat itu.

Apakah mengumpul tandatangan untuk menolak Perdana Menteri yang penuh skandal dan mengadakan majlis berkaitan dengannya sesuatu yang haram dan menyalahi undang-undang?

Bukankah semua program Deklarasi Rakyat selama ini mendapat kerjasama daripada pihak polis, malah sentiasa diadakan dengan mematuhi kehendak Akta Perhimpunan Aman yang digubal oleh Najib sendiri?

Jadi, di mana "haramnya"  kehadiran Tun Mahathir dalam program-program Deklarasi Rakyat itu?

Dalam pada itu, menurut Khalid lagi, keputusan berkaitan penarikan polis pengiring itu adalah berdasarkan kes demi kes dan terkecuali jika Tun Mahathir mahu menghadiri program-program rasmi lain yang tidak bersifat anti kerajaan.

Namun demikian, tambah beliau, bagi mendapatkan khidmat polis pengiring bagi program rasmi itu, Tun Mahathir dikehendaki membuat permohonan kepada dirinya terlebih dahulu.

Wahhh...hebatnya Khalid!!

Maka, selepas ini, jika Tun Mahathir mahu menggunakan khidmat polis pengiring, bermakna permohonan perlu dibuat dari semasa ke semasa.

Bermakna lagi, mungkin bukan saja setiap bulan Tun Mahathir perlu menulis surat kepada Khalid dengan menyenaraikan majlis-majlis rasmi yang akan dihadirinya, bahkan tidak mustahil surat permohonan diperlukan bagi setiap program yang mahu dihadirinya.

Bererti juga, jika sepuluh program yang mahu dihadiri, maka terpaksalah Tun Mahathir menulis sepuluh pucuk surat kepada Khalid.

Bayangkan, begitulah layanan ke atas seorang negarawan dan bekas Perdana Menteri yang berjasa selama 22 tahun kepada kita serta mengangkat nama negara di pentas-pentas dunia.

Bukankah khidmat polis pengiring itu merupakan keistimewaan kepada Tun Mahathir selaku bekas Perdana Menteri dan tidak ada termaktub program mana yang boleh dan tidak boleh untuk dihadirinya?

Jika menghadiri program yang bersifat anti kerajaan merupakan suatu kesalahan, bagaimana pula dengan polis pengiring  kepada Menteri Besar dan Ketua Menteri di negeri-negeri yang dikuasai oleh pembangkang yang setiap hari program dihadiri adalah anti kepada kerajaan Pusat?

Apakah ia masih dikekalkan atau akan ditarik juga selepas ini? (http://shahbudindotcom.blogspot.my/ 04/05/2016)

13 comments:

  1. bodek boss le tu

    ReplyDelete
  2. setuju bro..KPN can fly kite with jibby...dpt arahan lah tu...

    ReplyDelete
  3. Jika menghadiri program yang bersifat anti kerajaan merupakan suatu kesalahan, bagaimana pula dengan polis pengiring kepada Menteri Besar dan Ketua Menteri di negeri-negeri yang dikuasai oleh pembangkang yang setiap hari program dihadiri adalah anti kepada kerajaan Pusat?..
    TOLONG JAWAB KHALID..RAKYAT NAK DENGAR..

    ReplyDelete
  4. Hahaha apa punya jenis statement la.... khidmat polis pengiring ditamatkan sbb hadiri program bersifat anti kerajaan? gila ke apa... bila masanya tun kata dia anti kerajaan? dia cuma sampaikan hasrat majoriti rakyat yang anti najib saja... najib bukan kerajaan... najib adalah najib.... lg pun kalau dah polis pengiring dihentikan atas sebab itu... maknanya perkhidmatan kawalan keselamatan yg lain pun patut dihentikan jugalah yerrrr.... amacam kpn... soalan last ni taknak jawab kerrr.... aduyai.... makin lama makin lemau....

    ReplyDelete
  5. IKUT KAWE KUBA KAWE NOK GALO SEYE KO NOK GALO MALE.DEMO RUGI CEMOK MANO.

    ReplyDelete
  6. mahathir pukimak tak layak dapat apa pa pon tua bedebah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lu pi sekolah belaja tak pandai bila dah besar bole bg komen mcm ni ja? Kalau org mcm ni yg sokong ah gor, gua pasti tak nak sokong dia..penyokong yg brainless no wonder kerajaan pon haru biru..

      Teruskan sokongan mu wahai musibat!

      Delete
    2. elok ler tu... maklumlah kau je yang keluar dari pukibapak... dan kau mana sempat jadi tua untuk bedebah bila dari muda hingusan pun dah mula bedebah.

      Delete


    3. Komen tidak beradab dan kurang ajar 5.29 seolah-olah dibuat oleh satu makhluk yang terhasil daripada hubungan kelamin antara seorang manusia dengan seekor haiwan.

      Delete
  7. abis tu..khidmat pengiring kepada penyamun terbesar di dunia tu camner pulak? Sampaikan ADC..pegawai pengiring dijadikan hamba untuk bawak barang2 shopping si hippo tu camner lak?

    ReplyDelete
  8. ANON 5:29,

    JANGAN LAH SAMPAI MEMAKI/MENCARUT WALAU PUN TIDAK SUKA AKAN TUN M... WALAU BAGAIMANA PUN ANDA PERLU INGAT TUN M ADALAH BEKAS/MANTAN PM KE 4 YANG TELAH BERJASA MEMBANGUNKAN NEGARA......

    APA PULA JASA KAMU SAMPAI MENGELUARKAN PERKATAAN YANG TAK SEPATUTNYA KEPADA BEKAS/MANTAN PM........

    APAKAH PERASAAN ANDA SEKIRANYA PERKATAAN YANG ANDA KELUARKAN TERKENA KEPADA KAUM KELUARGA ANDA......BOLEH ANDA SENYUM JE....

    ReplyDelete
  9. Cuba belajar berbahasa dan statement tiada quality oleh Anonymous 5.29 am

    ReplyDelete
  10. Tun Det tak kisah pun khidmat polis pengiringnya ditamatkan.
    Dia tak perlukan pengiring sebab bila aku nampak Tun Det,
    secara otomatik aku ketepikan kereta aku.
    Berikan dia laluan.
    Lainlah Ah Jib.
    Dia b ukan je perlukan pengiring tapi polis untuk
    jaga keselamatan dia.
    Silap-silap hari pun kena sedas dua kalau dia naikkan
    GST lagi 2 or 3% untuk bayar utang 1MDB dia.
    Dia yang berutang, kita pulak yang kena bayar.
    Kalau berutang tu untuk negara, OKlah.
    Ni berutang untuk enjoy bershopping sakan beli
    barang-barang branded.
    Kalau aku jadi Rosmah, malu nak pakai beg dan intan
    berlian yang semua orang tahu, itu datang dari duit CURI.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com