innity

pages

Thursday, May 19, 2016

[SETUJU?] PTPTN sedia ambil alih peranan JPA


BAGAN SERAI, Khamis – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bersedia mengambil alih urusan pembiayaan pelajar ke institusi pengajian tinggi (IPT) daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) jika diperlukan.
Pengerusi PTPTN, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, perbincangan antara pihaknya dengan JPA berhubung perkara itu telah diadakan, namun belum ada sebarang ketetapan dibuat.
Beliau berkata pada setiap tahun, PTPTN membelanjakan lebih RM55 bilion untuk membantu pelajar melanjutkan pengajian ke IPT.
“Sebagai agensi yang telah lama ditubuhkan, PTPTN mempunyai kepakaran dalam menguruskan pembiayaan selain mengutip balik bayaran pinjaman,” katanya kepada pemberita selepas Program Mesra Pelajar Bersama PTPTN serta Badan Amal dan Usaha Isteri Negeri Perak (Baiduri), di sini hari ini.
Pada majlis itu, PTPTN menyumbangkan RM10,000 dalam bentuk Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) kepada 100 pelajar dari 12 sekolah di Bagan Serai serta Parit Buntar, dan sumbangan disampaikan isteri Menteri Besar Perak Datin Seri Sharipah Zulkifli.
Dalam pada itu, Shamsul Anuar meminta rakyat supaya menggunakan kemudahan SSPN-i dan SSPN-i Plus sebagai persediaan kewangan untuk anak-anak mereka melanjutkan pelajaran, kelak.
“Kita tidak mahu dilihat sebagai badan yang hanya memberi pinjaman kepada pelajar, tetapi kita mahu dilihat sebagai agensi yang membolehkan rakyat merancang masa depan anak-anak dengan tabungan,” katanya.
Terdahulu, Sharipah dalam ucapannya menasihati ibu bapa supaya menabung di SSPN-i dan SSPN-i Plus sebagai antara usaha untuk memastikan anak-anak mereka dapat meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi.
“Rakyat perlu membuka minda bahawa tanpa perancangan kewangan yang baik sukar untuk anak-anak meneruskan pengajian,” katanya.
Beliau berkata pengenalan SSPN dan SSPN-i Plus juga dapat mengatasi masalah keciciran dalam kalangan pelajar terutama yang kurang berkemampuan selain melindungi keselamatan mereka menerusi perlindungan takaful yang disediakan. – Bernama

4 comments:

  1. Betapa semakin bangang nya najib dan kerajaan malaysia yang ada

    ReplyDelete
  2. Semakin diperbodohla rakyat

    ReplyDelete
  3. Nampak sgt dh x de duit...negara dh x berkat hasil dari pemimpin yg kaki rasuah, lepas nie byk la yg x cukup, duit rakyat akan jadi mangsa...dan yg paling teruk sebagaimana ustaz kazim bthu tunggu la bala dari Allah.

    ReplyDelete
  4. Samsul yg semakin gila dan biol

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com