innity

pages

Thursday, May 19, 2016

Serah Sungai Besar kepada PKR atau PAS keluar dari kerajaan Selangor: Azmin


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memberi kata dua kepada PAS sama ada menyerahkan kerusi Parlimen Sungai Besar untuk ditandingi PKR atau parti Islam itu keluar daripada Kerajaan Selangor, lapor media.
Azmin dilaporkan mendesak Ahli Exco Selangor daripada PAS untuk meletakkan jawatan Isnin ini, sekiranya parti mereka masih berkeras untuk bertanding di Sungai Besar.
Timbalan Presiden PKR dilaporkan memberitahu demikian kepada Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Samad dan Ahli Exco PAS yang lain antaranya, Datuk Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib, selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri, Rabu lalu.
Azmin juga dilaporkan memberi jaminan akan berunding dengan pemimpin pakatan harapan untuk memberi laluan kepada PAS di Kuala Kangsar.
Pada pertemuan dengan Ahli Exco PAS itu, Azmin turut menegaskan bahawa PKR mempunyai peluang yang lebih baik jika menentang UMNO di Sungai Besar.
Katanya, PKR boleh meraih undi Melayu dan Cina, manakala jika PAS atau PAN bertanding, akan memberi kemenangan mudah kepada UMNO.
Pada masa sama beliau dilaporkan berjanji untuk memberikan PAS kerusi Parlimen Sabak Bernam pada Pilihan Raya Umum akan datang. PKR pernah bertanding dan kalah di Sabak Bernam pada 2013.
Bagaimanapun, sumber PAS Selangor berkata, kepemimpinan tertinggi partinya telah memutuskan untuk terus bertanding meskipun dihalang dan dibantah.
“Presiden kami tetap dengan keputusan jawatankuasa pusat untuk bertanding pada pilihan raya,” kata sumber berkenaan.
Susulan kenyataan Azmin itu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dilaporkan mengarahkan ketiga-tiga Ahli Exco berkenaan untuk tidak meletak jawatan, berkata, parti itu bersedia untuk dipecat daripada kerajaan.
Sebelum ini, Hadi menegaskan PAS akan meletakkan calonnya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar.
“Kita sudah membuat keputusan untuk bertanding pada PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Sudah diluluskan oleh Majlis Syura nama-nama (calon yang akan bertanding).
“Kita kalau bertanding, PAS tidak rugi, sama ada menang atau kalah, kalau menang, kita untung, kalau kalah, kita balik modal. Barisan Nasional (BN) kalau kalah, mereka rugi, tapi kalau menang, mereka balik modal. Parti lain boleh mengadu nasib. - ismaweb

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com