innity

pages

Tuesday, May 3, 2016

PKR Sarawak juga gesa kerajaan tubuh majlis khas bantu mualaf MURTAD tukar agama asal


PKR Sarawak turut menggesa kerajaan pusat supaya menubuhkan sebuah majlis khas bertujuan membantu golongan mualaf kembali semula kepada agama asal mereka.
Pengerusi PKR negeri itu, Baru Bian berkata, penubuhan majlis khas itu adalah bertujuan membantu melancarkan proses kepada pemohon yang mendakwa sering menghadapi tempoh yang panjang untuk menukar kepada agama asal.
“Terdapat beberapa kes lain di mana mualaf yang berusaha untuk kembali kepada agama lama tetapi berdepan dengan pelbagai halangan,” katanya seperti dilapor Malaymail hari ini.
Dalam laporan sama, beliau turut menggesa kerajaan Persekutuan mewujudkan dasar bagi memastikan tiada rakyat Malaysia yang terpaksa kekal dalam agama mereka.
“Terdapat banyak kes-kes penukaran lain yang memerlukan perhatian yang sama daripada Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem dan Najib, apabila mereka ikhlas dalam menegakkan hak-hak rakyat untuk kebebasan beragama,” katanya.
Sebelum ini, Ketua Menteri Sarawak, Datuk Seri Adenan Satem berkata, beliau telah diberi jaminan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mengiktiraf hak Rooney bertukar kepada agama Kristian.
“Saya telah bercakap kepada Perdana Menteri mengenai perkara itu. Dia memberikan saya jaminan bahawa rayuan oleh JPN akan ditarik balik,” kata Adnan dalam satu kenyataan melalui Setiausaha Akhbarnya, Ambrose Cheng, semalam.
Rooney Rebit telah memeluk Islam ketika masih kecil kerana penukaran ibu bapa, namun mahu bertukar kepada agama Kristian setelah dewasa.
Berikutan prosedur penukaran agama itu, Rooney didakwa terpaksa menunggu lebih 30 tahun sehingga dia boleh memohon dan mendapatkan perintah mahkamah untuk mengarahkan Jabatan Peguam Negara (JPN) menukar nama dan butiran dalam kad pengenalan kepada agama Kristian. - ismaweb

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com