innity

pages

Tuesday, May 3, 2016

MIC mahu kes Rebit jadi 'ikutan' untuk kes tukar agama


Sambil mengalu-alukan perkembangan kes Rooney Rebit, MIC berharap bahawa ia akan menjadi "ikutan" dalam membuat keputusan berhubung semua kes pada masa depan yang membabitkan keadaan yang sama.
Presiden MIC Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, ramai yang menjadi mangsa keadaan dan memeluk agama Islam tetapi tidak pernah menjalani cara hidup sebagai seorang Muslim.
"Percubaan mereka untuk memperbetulkan keadaan ini bukan sesuatu yang mudah dan ini mempunyai kesan besar ke cara hidup harian mereka. Ramai daripada mereka tidak boleh berkahwin kerana identiti yang tidak menentu.
"Mereka juga telah tertakluk kepada tekanan oleh pegawai penguatkuasa kerana status yang belum diperbetulkan itu," katanya dalam satu kenyataan media.
Beliau berkata hak perlembagaan asas berhubung kebebasan beragama mesti ditegakkan dan semua institusi kerajaan perlu proaktif dalam menegakkan perkara ini.
"Begitu juga, masyarakat bukan Islam di Malaysia turut mengharapkan penyelesaian segera kepada masalah hak penjagaan anak antara agama dan penukaran di bawah umur.
"Sebagai sebuah negara berbilang agama yang matang, stabil dan progresif kita mempunyai kekuatan untuk mengatasi beberapa halangan untuk mengukuhkan perpaduan negara," katanya.
Subramaniam juga memuji Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem kerana secara peribadi campur tangan dalam kes Rebit dengan menegakkan hak perlembagaan lelaki untuk menjadi seorang Kristian.
Presiden MIC juga menyambut baik jaminan daripada Perdana Menteri Najib Abdul Razak bahawa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan menarik balik kes itu dan tidak meneruskan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi.
"Ini adalah keputusan betul dan juga adalah duluan penting," katanya.
Rebit, seorang Bidayuh ditukar agamanya kepada Islam semasa kanak-kanak.
Pada penghakiman 24 Mac lalu Mahkamah Tinggi Kuching mengisytiharkan bahawa beliau adalah seorang Kristian mengikut hak perlembagaan berhubung kebebasan beragama kerana dirinya kini orang dewasa.
Mahkamah mengarahkan JPN untuk menukar namanya kepada Rooney Rebit dan agamanya daripada Islam kepada agama Kristian di kad pengenalan dan rekodnya.
Jabatan itu bagaimanapun memfailkan rayuan terhadap keputusan berkenaan pada 22 April.
JPN adalah satu-satunya pihak yang membantah keputusan berkenaan. Jabatan Agama Islam Sarawak (Jais) dan Majlis Agama Islam Sarawak tidak membuat sebarang bantahan. - MK

1 comment:

  1. Well subramaniam...after this whatelse would you ask the goverment to give to mic....one state to the indian people....i think you beeter pack your beg and get lost back to india....i believe if you were borned in india....you are nobody there....it could be you are only an auto driver.....never feel grateful.....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com