innity

pages

Monday, May 2, 2016

Saya PM 22 tahun pun tak pernah pinjam RM1b'


ALOR SETAR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui masih sayang kepada parti keramatnya walaupun bertindak meninggalkan Umno sebelum ini.
Beliau berkata, keputusan untuk keluar Umno dibuat kerana tidak suka cara pentadbiran yang dilakukan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri.
Saya bukan anti-Umno, tidak... saya anti-Najib. Selama ini negara kita walaupun punyai berbilang kaum, parti lawan dan parti kerajaan, tapi pentadbiran boleh dijalankan dengan baik.
“Hari ini kita lihat cara Najib tidak disenangi dan kesannya amat buruk kepada negara. Kita berhimpun kerana sedar bahawa yang salah ialah Najib, tetapi dia kata tak salah,” katanya di hadapan hampir 10,000 orang pada program Pidato Selamatkan Malaysia di pekarangan Wisma Harapan di sini, malam tadi. 
Menurutnya, kerjasama dengan pembangkang menerusi Deklarasi Rakyat bukan melibatkan soal parti atau mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebaliknya memperjuangkan hak rakyat.
Kita tahu dia (Najib) menunjukkan kononnya begitu demokratik dalam Umno, pemilihan pemimpin dibuat oleh wakil seramai 2,000 orang. Dia ingin perluaskan supaya lebih ramai ahli Umno dapat menyertai pemilihan pemimpin dan kita berasa lega juga.
“Baik sungguh Najib, yang tak ada hak pun diberi hak. Tapi ini suatu penipuan kerana bukan jumlah undi daripada ahli-ahli diambil kira sebaliknya jumlah bahagian yang menentukan siapa menjadi pemimpin,” katanya.
Beliau berkata, pengalamannya selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri juga tidak pernah meminjam wang sebanyak RM1 bilion.
Kita ada had tak boleh pergi lebih jauh dari itu, tapi Najib bijak daripada saya. Bukan kerajaan yang pinjam, tapi syarikat (1MDB) yang berhutang. Kenapa begitu banyak hutang diberi kepada syarikat ini, tentulah kerana jaminan oleh kerajaan.
“Secara tak langsung, ini bermakna kerajaan yang berhutang. Sekali lagi nampak putar belitnya, dia tak akan kata kerajaan yang berhutang, sebaliknya hutang 1MDB,” katanya. -SH

4 comments:

  1. Alahai ..rugilah Tun tak pinjam. Najib pun dah buat. Kalau tak cukup ..mungkin nak pinjam lagi.

    ReplyDelete
  2. Saya kasihankan Tun Hasmah . Tiadalah peluang dia nak memiliki bag birkin ke , beg hermes ke . Dia juga tidak berpeluang mendandan rambut hingga RM 1,200 sekali dandan .

    ReplyDelete
  3. Ialah awak terberhutang. Syarikat2 yang besar2 awak bail out berbillion tu samalah jugak. Awak tak berhutang tetapi kroni2 awak yang putar belit pembelian aset2 dari harga murah bertukar nbilah berprestasi tinggi tu kerja dan arahan awak juga. Mana mungkin anak2 awak berstatus billionair sekiranya bukan anak Mahathir. Tak usahlah putar sana putar sini. Kerja buat awaklah lebih dari 80% kekayaan dan khazanah warisan untuk orang Melayu dan pribumi menjadi milik bukan Melayu.

    Det cuba hang heboh keseluruh dunia bahawa segala projek MEGA semasa 22 tahun hang perintah Melayu mana yang kaya adakah hasil kekayaan itu tumpah semula kedalam pinggan nasi bangsa Melayu.

    Melayu Tidak Mudah Lupa. Cuma Mamak yang buat-buat lupa.

    ReplyDelete
  4. Chai 3.10 citer skit bail out tu? Najib pun billionair gak hasil dari mencuri dan menyamun duit 1mdb, anak2 mahathir pula berusaha, akhirnya berjaya, maksudnya hasil halal.

    Ni pencacai tabur fitnah dapat apa? Ohhh ye dapat habuan, habuan tu plak haram pencacai ooiii.

    Bertaubatlah dan seterusnya pergi berubatlah chai.

    Kenapa perlu bertaubat dan berubat? Kerana tidak tau bezakan mana halal dan haram itu jer...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com