innity

pages

Sunday, May 1, 2016

[SAYA BUKAN PENGKAGUM WAHABI] Hentikan Menghukum dan Melabel-label Sesama Islam - Timb. Menteri, Asyraf Wajdi


Saya cuba memahami sikap segelintir umat Islam yang ghairah menghukum dan saling melabel sesama Islam. 

Status FB saya berkaitan Wahabi sebagai menjawab persoalan yang dibangkitkan di Parlimen berkaitannya baru baru ini nampaknya mengundang pelbagai tohmahan, tuduhan, dan mencetus polemik.

Mungkin saya perlu jelaskan bahawa status itu tidaklah sesekali menggambarkan seolah-olah saya pendokong, pengagum jauh sekali berfahaman Wahabi

Dari dulu hingga kini saya masih mengamalkan bacaan doa dan berzikir secara jahar dan berjemaah selepas solah, menjaharkan bacaan Basmalah dalam Al-Fatihah ketika mengimamkan solah, tidak tinggal membaca qunut ketika solah subuh, biasa mengepalai doa selamat, tahlil arwah, solat hajat dan bacaan yasin, dan turut menyambut Maulidur Rasul. 

Malah setiap tahun dijemput menyampaikan tausiyah/tazkirah dalam Majlis Haul Abdul Kadir Al-Jailani dan Maulidur Rasul perdana yang dihadiri para Habaaib dan ulamak tasawuf dari seantero dunia.

Ayuh saudara-saudaraku seaqidah dan seagama, hentikanlah perdebatan emosi mengenai perkara KHILAFIAH yang tidak menguntungkan Islam

Lebih baik kita saling bermuafakat untuk usaha dakwah yang lebih besar bagi meratakan kefahaman Islam dalam masyarakat yang masih jauh dari memahami dan menghayati ajaran Islam yang sebenar.

Belajarlah untuk berlapang dada, bertolak ansur (tasaamuh) dan saling menghormati pandangan dan pemikiran berbeza. 

Marilah sama-sama kita menghayati dan mengambil pengajaran daripada guru dan Imam Mazhab kita yang agung Imam Syafie Rahimahullah yang menasihatkan kita perihal adab dan meraikan perbezaan pandangan sebagaimana kata-katanya yang masyhur:
رأيي صَوابٌ يَحتَمِلُ الخَطأ، و رأيُ غَيري خَطأ يَحتَمِلُ الصَّوابَ.
"Pandangan aku betul namun boleh jadi salah, pandangan orang lain salah namun boleh jadi betul".

DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

1 comment:

  1. antara punca kelemahan umat islam ialah taksub kpd satu2 mazhab.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com