innity

pages

Thursday, May 5, 2016

[SAYA AMAT KECEWA CARA KFA] Tidak adil kepada saya: Aliff Syukri


Kuala Lumpur: “Jujur sebenarnya saya amat kecewa sebab pengumuman dibuat secara tiba-tiba tanpa pengetahuan saya langsung!"
Itu luahan Pengarah Urusan D'Herbs Holding (M) Sdn Bhd, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman melalui laman Facebook apabila Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) menolak tajaan syarikatnya sebanyak RM30 juta petang semalam.
Beliau berkata, pengumuman itu dibuat tanpa pengetahuannya dan tidak adil untuk dirinya yang sudah meluangkan banyak masa sehingga peringkat terakhir perbincangan.
"Sedangkan sebelum ini kenapa kita boleh berbincang dengan baik dan bersama tetapi kali ini terus dibuat tanpa pengetahuan saya dan saya merasakan adalah tidak adil untuk saya," katanya.
Walaupun terkilan dengan tindakan KFA itu, beliau tidak kecewa kerana tidak dapat menaja pasukan Helang Merah itu.
"Tiba-tiba nama saya jadi panas petang tadi berikutan pengumuman KFA tidak mahu ditaja oleh D'herbs. Saya ulas sedikit sebab ramai yang tanya.
"Saya tidak kecewa tidak dapat menaja Kedah walaupun saya dah lama 'spend' masa saya sehingga ke peringkat terakhir," katanya.
Menerusi status itu juga beliau memberitahu akan membuat sidang media untuk menjelaskan mengenai perkara ini secara terperinci dalam masa terdekat.
"Saya akan memberitahu semua isu-isu yang anda nak tahu pada pc (sidang media) saya yang akan diadakan dalam masa terdekat. Jadi boleh buat kesimpulan masing-masing," katanya.
Setiausaha Kehormat KFA Datuk Aminuddin Omar berkata, KFA menolak tajaan syarikat itu atas sebab-sebab tertentu selepas Jawatankuasa Pengurusan KFA berbincang pada 27 April lalu.

6 comments:

  1. Dato pon kena second card? Di kedah biasa la..noo

    ReplyDelete



  2. Apa nak buat Bang Aliff ooiii..

    Mula-mula terlajak seronok.

    Diikuti dengan terlajak konfiden.

    Sekarang dah terlajak kecewa pulak.

    Sebaik-baiknya jangan biasa membuat kerja terlajak ni...


    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahhahahahahahha ..i love u bro

      Delete
  3. Diatas kata kecewa..tp dibawah tak kecewa plk sb tak dpt taja. Nk kecewa rasa tak adil buat apa dh kalau rasa tak kecewa tak dapat nak taja? Berbelit kan tu??
    Sudahlah..aku bersyukur kau tak dpt taja, sb aku sygkan kau. Taknak kau turut sama spt dr.vida kita. Bergolak tak habis. Lg bahaya dgn mat bashah tu..jnis ilmu dan adab tak tinggi bila2 masa bleh bg kau masalah problem.

    ReplyDelete
  4. Tak mengapa aliff..tajalah sukan lain ..banyak lagi sukan yang perlukan penaja...

    ReplyDelete
  5. Tak payahlah dato aliff. Banyak lagi org susah kat Malaysia ni yg boleh dibantu. Lagi pun banyak cara nak kurangkan tax. Labur kat kfa buang masa je. Takut Bashah bawak gi rolling kat mesin.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com