innity

pages

Tuesday, May 3, 2016

[SAMAN SU NAJIB] KENYATAAN AKHBAR DATO' SERI HAJI MUKHRIZ TUN MAHATHIR


KENYATAAN AKHBAR DATO' SERI HAJI MUKHRIZ TUN MAHATHIR
----------------------------------
1. Pada hari ini, Selasa 3 Mei, 2016, saya telah menyaman dan membuat tuntutan gantirugi terhadap Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad, Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri atas beberapa kenyataannya yang bersifat fitnah terhadap Tun Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan saya.

2. Melalui empat kenyataan, Tengku Sariffuddin telah memberi gambaran seolah-olah saya adalah seorang yang gila kuasa, hanya mempunyai motif untuk menjadi Perdana Menteri tanpa sebarang pertimbangan terhadap kepentingan Rakyat, sanggup bersubahat dengan Tun Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin semata-mata untuk menjatuhkan Kerajaan dan Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak daripada jawatan Perdana Menteri supaya saya sendiri boleh mengambilalih jawatan tersebut, dan bahawa setiap tindakan politik saya termasuk dalam menawarkan diri bertanding dalam pemilihan UMNO adalah juga untuk tujuan menjadi Presiden UMNO yang dikatakan menjamin jawatan Perdana Menteri.

3. Saya dengan sekeras-kerasnya menyangkal dakwaan tidak berasas dan fitnah Tengku Sariffuddin tersebut. Tidak pernah berlaku sebarang konspirasi antara mana-mana pihak dengan saya untuk menjatuhkan Dato' Seri Najib untuk tujuan menaikkan Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri dengan syarat Tan Sri membimbing saya untuk mengganti beliau di jawatan tersebut kemudian.

4. Tuduhan liar Tengku Sariffuddin bahawa inilah niat sebenar Tun Mahathir juga tidak masuk akal kerana jika ianya benar, tentu sekali Tun Mahathir boleh terus melantik saya atau membantu dalam karier politik saya sewaktu beliau masih Presiden UMNO dan Perdana Menteri selama 22 tahun. Tidak munasabah beliau hanya mempunyai niat tersebut setelah bersara dari jawatan tertinggi parti dan negara selama 13 tahun.

5. Juga tidak berasas tuduhan Tengku Sariffuddin bahawa saya bertanding jawatan Naib Presiden semata-mata untuk merealisasikan cita-cita saya yang satu, iaitu untuk menjadi Presiden dan Perdana Menteri. Umum mudah memahami bahawa terdapat tiga jawatan Naib Presiden UMNO dan proses untuk naik sebagai Timbalan Presiden dan Presiden perlu melalui pemilihan parti terdahulu, sekaligus menidakkan dakwaan bahawa kenaikan dari jawatan Naib Presiden kepada Presiden itu suatu proses yang mudah dan automatik.

6. Juga, dakwaan Tengku Sariffuddin bahawa jawatan Presiden UMNO menjamin jawatan Perdana Menteri menunjukkan betapa ceteknya pemahaman beliau mengenai Perlembagaan Persekutuan. Hanya Ahli Parlimen yang menikmati sokongan terbanyak dalam Dewan Rakyat yang boleh diangkat sebagai Perdana Menteri. Tiada jaminan bahawa jawatan itu bersifat eksklusif kepada Presiden UMNO sahaja walaupun sehingga kini memang keenam-enam Perdana Menteri adalah juga Presiden UMNO. Jangan pula didakwa oleh beliau bahawa saya tidak ingin melihat seseorang Presiden UMNO terus menyandang jawatan Perdana Menteri.

7. Jelas sekali, semua tuduhan-tuduhan dan kenyataan-kenyataan fitnah yang dilemparkan oleh pegawai-pegawai dan konco-konco Dato' Seri Najib adalah tidak lain tidak bukan bertujuan untuk mengaburi mata dan mengalih perhatian Rakyat dari penyelewengan yang melibatkan Dato' Seri Najib melalui skandal 1MDB dan SRC International, dan kemasukan berbilion ringgit ke dalam akaun peribadinya.

8. Rakyat tidak akan terperdaya dengan taktik kotor ini. Kenyataan-kenyataan jahat yang dibuat oleh orang suruhan Dato' Seri Najib terhadap pihak-pihak lain termasuk saya tidak akan melepaskan beliau dari bertanggungjawab terhadap segala kesalahan yang telah dilakukannya.

9. Melalui Deklarasi Rakyat, Rakyat mulai bersuara untuk menyelamatkan negara dari penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan berskala besar yang dilakukan oleh Dato Seri Najib. Saya bersama Rakyat dalam menuntut agar beliau undur segera daripada jawatan Perdana Menteri.

Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir
Adun Ayer Hitam
3hb Mei 2016

8 comments:

  1. Patut lama dah saman. Apasal tunggu lama sangat. Tengku tu penyamun pondan. Berlindung disebalik pejabat PM. Kalau dia hebat sangat. Masuklah bertanding. Tak berani budak tu. Dia tau semua pegawai Najib yg bertanding pasti kalah.

    ReplyDelete
  2. Saman dan harap ada perbicaraan.

    ReplyDelete
  3. Point no 4 tu mmg ditujukan khas utk oasispg n pemakan dedak yg lain seangkatan dgnnya..

    ReplyDelete
  4. Ini baru Anak Jantan..
    Rakyat letihh dok tunggu Pang5 Bugis SAMAN WSJ&SR drp tahun lepas lagi...
    Buat apa ada KUASA tapi hanya setakat berani PECAT org yg bg Nasihat & Peringatan shj...
    Untuk PANG5 BUGIS, dengar lah & Fahami lah kata2 ini:

    Yang BAIK tidak Semestinya BAIK, dan
    Yang TAK BAIK tidak Semestinya TIDAK BAIK....

    Nota:
    AMPU/PUJI PM - BAIK bg PM
    TEGUR/NASIHAT PM - TIDAK BAIK bg PM

    ReplyDelete
  5. 9.32

    Setuju sangat.

    Tapi mana perginya oasispg, waghih dan pemakan dedak yang lain? Dah lama senyap jer. Dedak dah habis kot.

    Hehehe.

    ReplyDelete
  6. 9.32

    Setuju sangat.

    Tapi mana perginya oasispg, waghih dan pemakan dedak yang lain? Dah lama senyap jer. Dedak dah habis kot.

    Hehehe.

    ReplyDelete
  7. Mukhriz patu saman sekali tu doctor sorang tu ...apa nama ???? kalau tak silap Dr Puad zakarshite .

    ReplyDelete
  8. "oasispg, waghih dan pemakan dedak yang lain?"

    Masing2 dah sedar dan bertaubat, tetapi perlu juga memohon ampun dan maaf kepada kumpulan anti najib termasuk juga memohon maaf kepada lim guan eng dan lim kit siang.

    Akhirat citer lain chai....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com