innity

pages

Wednesday, May 4, 2016

Risalah Kristian dalam peti surat umat Islam



Rabu – Risalah Kristian berbahasa Inggeris telah tersebar di Sentul, Kuala Lumpur dipercayai dilakukan oleh mubaligh Kristian untuk menyebarkan agama mereka di kalangan umat Islam.
Saksi, Muhammad Fais berkata, beliau menemui risalah Kristian itu di dalam peti surat di rumahnya pada Sabtu lalu.
“Saya tidak tahu siapa yang letak dalam peti surat rumah, tapi saya yakin dan percaya jiran-jiran turut menerima risalah ini,” katanya.
Risalah yang bertajuk ‘4 Thing You Should Know’ mengandungi intipati dengan mengajak semua untuk mempercayai Jesus. Ia mengatakan semua orang berdosa, maka dengan itu setiap orang perlu lakukan sesuatu untuk menyelamatkan diri iaitu caranya adalah dengan beriman kepada Jesus.
“Jesus Christ sememangnya datang ke dunia untuk menyelamatkan manusia, tiada yang akan masuk Syurga melainkan telah diselamatkan oleh Jesus. Maka, pilihlah Jesus atau merana dalam kemurkaan abadi.
“Tugas anda sekarang ialah percaya Jesus, menerima Jesus dalam hati serta mengaku dengan lidah dan ingatlah kita semua akan mati dan akan mengadap tuhan,” kata petikan dalam risalah berkenaan.
Pada risalah itu, terdapat cop daripada pertubuhan Kristian, New Creation Revival CTR Jalan Sentul, Kuala Lumpur.
Pada awal tahun ini, Ismaweb menyiarkan satu berita usaha penyebaran agama Kristian yang dilakukan oleh dua wanita dari New Zealand dan Kanada cuba memberi penerangan berkenaan agama itu kepada umat Islam di kawasan Selayang. -ismaweb
RISALAH KRISTIAN 2

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com