innity

pages

Wednesday, May 18, 2016

Rakyat bertanggungjawab bayar hutang 1MDB, bukan Najib: Muhyiddin


Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan rakyat supaya berhenti menganggap syarikat sarat hutang milik kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai masalah yang tidak berkaitan dengan mereka.
Sebaliknya tegas beliau, rakyat adalah pihak yang bertanggungjawab dalam menanggung beban hutang yang terdapat dalam syarikat tersebut.
“Saya dah pergi banyak tempat, dan ramai yang kata Tan Sri jangan ceritalah pasal 1MDB tak habis-habis. Apa kena mengena dengan saya?
“Dia tak faham? 1MDB banyak kaitan dengan kamu. Sebab kamu bertanggungjawab untuk membayar hutangnya. Siapa yang akan bayar the all those liabilities? Kerajaan.
“Kerajaan siapa? Kerajaan kamu. Duit siapa? Duit kamu! Bukan Najib yang nak bayar tetapi rakyat yang kena tanggung hutang berpuluh-puluh bilion hutang tidak berbayar. RM50 bilion rakyat kena bayar,” katanya ketika berucap pada program Bicara Tokoh di Batu Pahat, semalam
Beliau yang lantang mengkritik salah laku dalam 1MDB berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam satu ucapannya sebelum ini pernah memberi jaminan kepada rakyat untuk menyemak semula akaun syarikat itu secara telus dengan melantik Ketua Audit Negara dan mendedahkan laporan auditnya kepada rakyat.
“Tetapi bila laporan dah siap, bentang pada Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC), laporan tersebut tidak boleh didedahkan kepada umum dan disimpan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).
“Sepatutnya laporan audit kita boleh baca, tetapi 1MDB jadi rahsia pula, tak boleh baca. Kalau keluar kenyataan kena tangkap. Kalau tak salah, kenapa nak larang orang baca dan tahu mengenai syarikat itu,” katanya.

7 comments:

  1. Sudah-sudahlah..klu hutang tu rakyat yg perlu bayar termasuklah Tan Sri skali kena bayar..kenapa masa jadi TPM dulu tidak dikawal bersama...bila dah tak jadi TPM baru nak kata sana sini salah. Sepatutnya diam jerlah dan jgn kata apa-apa lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 10.48

      "kenapa masa jadi TPM dulu tidak dikawal bersama...bila dah tak jadi TPM baru nak kata sana sini salah."

      Dulu TSMY bergerak sebagai satu pasukan bersama najib, apabila penyelewengan 1mdb timbul maka TSMY pun bertanya dengan penuh berhemah kepada najib.

      Hasil dari pertanyaan TSMY berkenaan 1mdb menyebabkan beliau dipecat dari jawatan sebagai TPM.

      Zalim atau tidak najib ni? hanya sekadar bertanya...oklah persoalkan, tak boleh ke?

      Delete
    2. Ni lg komen mangkuk..time jd tpm la dia cuba halang..g baca kronologi awal sebab apa dia kena sack from his jawatan..

      Melayu mcm ni yg bg lingkup org islam..takdak ilmu or knowledge tp nak bg komen..

      Delete
  2. Memnag la. Ingat 1mdb tu syarikat kerajaan ke? Penyata kira2 ada sebut ke duit negara disalur buat setel utang? Sama gak syarikat glc yg lain mn lh tunjuk laporan audit kt umum. Apa citer la si sembab ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu ingatkan oasispg 11.04 ni ostat chop ayam mana tah....

      Hari ni terserlah kebijaksaan terlampau beliau menjawab persoalan 1mdb nih...

      Tahniah oasispg kerana berjaya menipu pembaca blog ni.

      Delete
    2. Lahabau oasispg ni dah keluaq..lu g baca pac report br hg paham..baca masuk page ke 10 hg bole nmpak dah..jgn ckp kalau otak lu tu kosong..baca bai..jgn tak baca..lu yg lembab..

      Delete


    3. Wakakaka Oasispg 11.04.

      Tak sempat lagi aku nak balun ko orang lain dah tibai ko dulu.

      Jangan marah aaa.

      Maap no.


      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com