innity

pages

Tuesday, May 3, 2016

PRN11: Persatuan KRISTIAN minta tubuh kementerian khas bukan Islam


Persatuan Gereja-Gereja di negeri Sarawak menggesa supaya kerajaan negeri itu menubuhkan sebuah kementerian khas bertujuan menjaga hal ehwal dan kepentingan bukan Islam.
Persatuan itu mendakwa bahawa penubuhan kementerian khas itu dianggap perlu berikutan kegagalan kerajaan pusat dalam menegakkan jaminan kebebasan beragama sebagaimana yang termaktub di dalam Laporan Inter-Government Committee (IGC) dan Perjanjian Malaysia.
Dalam kenyataan yang sama, persatuan itu turut memberi contoh mengenai kes melibatkan seorang lelaki Bidayuh daripada Sarawak, Rooney Rebit yang telah memeluk Islam ketika masih kecil kerana penukaran ibu bapa, namun mahu bertukar kepada agama Kristian setelah dewasa.
Berikutan prosedur penukaran agama itu, Rooney didakwa terpaksa menunggu lebih 30 tahun sehingga dia boleh memohon dan mendapatkan perintah mahkamah untuk mengarahkan Jabatan Peguam Negara (JPN) menukar nama dan butiran dalam kad pengenalan kepada agama Kristian.
Persatuan itu juga turut menggesa kerajaan Persekutuan supaya menegakkan tugas menjamin hak kebebasan beragama rakyat Sarawak dan negara sebagaimana dalam Perlembagaan.
“Kami berbesar hati mendengar kenyataan daripada Ketua Menteri berhubung kerajaan negeri sedang berunding dengan kerajaan pusat untuk autonomi kepada kerajaan Sarawak dengan hak serta kuasa untuk mentadbir kepentingan tertentu dan perkara-perkara yang tertakluk di Sarawak mengikut Laporan Inter-Government Committee 1962 (IGC Report), Perjanjian Malaysia 1963 dan Perlembagaan Persekutuan Malaysia 1963,” katanya seperti dilapor The Borneo Post.
Malah kata persatuan itu lagi, kepentingan kebebasan beragama kepada rakyat berbilang agama di Sarawak tidak boleh dipandang remeh.
“Walaupun Perlembagaan Persekutuan boleh dipinda dengan majoriti dua pertiga di Parlimen, namun Laporan IGC dan Perjanjian Malaysia yang telah didaftarkan dengan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tidak boleh dipinda tanpa persetujuan semua negara-negara yang menandatangani,” kata mereka.
Sebelum ini, Ketua Menteri Sarawak, Datuk Seri Adenan Satem berkata, beliau telah diberi jaminan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mengiktiraf hak Rooney bertukar kepada agama Kristian.
“Saya telah bercakap kepada Perdana Menteri mengenai perkara itu. Dia memberikan saya jaminan bahawa rayuan oleh JPN akan ditarik balik,” kata Adnan dalam satu kenyataan melalui Setiausaha Akhbarnya, Ambrose Cheng.
Sementara itu, Persatuan Gereja Sarawak (ACS) menyambut baik pengumuman yang dibuat oleh Adnan Satem berhubung isu tersebut.
“Sesungguhnya ini adalah berita baik daripada Ketua Menteri, Adenan Satem untuk masyarakat Kristian di Sarawak. Bagi pihak ACS, kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana beri perhatian terhadap isu ini,” kata Setiausaha Agung ACS, Ambrose Linang.
Linang juga berharap, pihak JPN akan mula proses semua permohonan saudara Muslim yang berusaha untuk kembali kepada agama mereka sebelum ini.
“JPN tidak boleh menyukarkan mereka yang memeluk Islam untuk kembali kepada agama lama mereka, terutama di Sarawak, di mana terdapat banyak kes seperti itu,” katanya. - ismaweb

3 comments:

  1. Bagus ar tu. Bila ada kementerian mesti ada jabatan. Baru ada peruntukan. Baru berjaya membuka peluang pekerjaan dan boleh menjana ekonomi dgn pembangunan.
    Soal perlembagaan tu tak penting kita dh satu malaysia.

    ReplyDelete
  2. Bravo Najib.

    Konsep 1M yg telah disalahertikan.
    Patut pun DAP sial bukan main kurang ajar dan lantang sekarang ini.

    ReplyDelete
  3. Mohon Perhatian Pengundi Sarawak:

    Perjuangan & pengorbanan pejuang2 kita dulu menentang penjajah hingga kita mendapat kemerdekaan dimusnahkan sekelip mata oleh Najib. Minda & jiwa Najib telah dijajah semula oleh USA/Zionis. Pengkhianatan ini amat jelas apabila Najib tidak mampu berdikari dan menyandar sepenuh hati kepada penasihat Yahudi APCO & Goldman Sachs dalam pentadbiran & perekonomian negara. Dalam erti kata lain, Najib telah belot menyusup-masuk musuh ke dalam, menyebabkan kota pertahanan negara roboh rebah menyembah bumi.

    Saya cukup heran kenapa Najib meniru ciplak cara Spore seperti contoh:-

    1. Khidmat Penasihat Yahudi, USA & UK.
    2. Membenarkan Sachman Gold Yahudi beroperasi & malah bersekongkol mengguna pakai kelicikan mereka dlm penipuan/riba terutama dlm kes 1MDB. Tak lupa juga Apco Yahudi sebagai Consultant dlm pentadbiran kerajaan.
    3. Mengamalkan meritokrasi & sanggup menidakkan DEB (Hak Keistimewaan Bumiputera).
    4. Talent Corp yg mengutamakan bangsa asing hingga kepakaran anak bangsa pribumi sendiri diketepikan.
    5. Mengikut jejak Temasek Holdings yg dikendalikan oleh keluarga pm Spore (Najib tubuh 1MDB juga melibatkan keluarganya... Anak Rosmah & teman rapat Jho Low).
    6. Mentransformasikan slogan PAP/DAP 'Malaysian Malaysia' dan dijelmakan dengan 1Malaysia yg menjahanamkan negara & Hak Istimewa pribumi.

    Sarawak harus menjauhkan diri dari Barisan Najib (BN). Sarawak mampu berdikari tanpa Najib.

    Ingat2lah.....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com