innity

pages

Friday, May 20, 2016

[#PRKsungaiBesar] Ugut singkir exco PAS tindakan biadab terhadap Istana


SHAH ALAM - Dewan Ulama Pas Selangor menyifatkan ugutan untuk menyingkirkan Exco Pas daripada Kerajaan Negeri Selangor sebagai tidak bertanggungjawab dan biadab terhadap istana.

Ketuanya, Rizwan Rahmat berkata, pihaknya menentang sebarang usaha menghapuskan kedudukan Pas dalam kerajaan negeri ini.

“Kedudukan Exco kerajaan Negeri Selangor di bawah bidang kuasa istana. Justeru ugutan penyingkiran Exco sewenang-wenangnya, merupakan sikap tidak bertanggungjawab bahkan biadab terhadap istana.

“Dewan Ulama Pas Selangor menentang sebarang usaha yang cuba merobek keberadaan Pas dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor dan menggesa semua parti politik agar mengekalkan kestabilan politik negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Sebelum ini, terdapat laporan yang mendakwa Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengarahkan Exco Pas meletakkan jawatan Isnin ini jika masih meneruskan hasrat untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar.

Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR, didakwa telah menyampaikan arahan itu kepada Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad dan Exco Pas lain, Datuk Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri semalam.

Namun, memetik laporan Mstar semalam, Mohamed Azmin menafikan dakwaan itu dan menegaskan fokusnya adalah mengadakan perbincangan dengan parti-parti pembangkang berhubung perebutan kerusi itu.

Sementara Pas Pusat memberitahu dakwaan itu tidak dapat dipastikan kesahihannya dan pada masa sama pihaknya tidak menerima sebarang surat daripada Mohamed Azmin.

Dalam pada itu, Dewan Ulama Pas Selangor turut menyatakan sokongan penuh kepada pendirian Pas melalui Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk bertanding di dua-dua kerusi Parlimen, Sungai Besar dan Kuala Kangsar, bulan depan.

“Dewan Ulama Pas Selangor mendukung penuh pendirian Pas Pusat tersebut kerana kedua-duanya merupakan kerusi tradisi Pas sejak dahulu lagi.

“Mana-mana pihak tiada hak sama sekali untuk mengamalkan budaya 'politik samseng' dengan sebarang ugutan yang merupakan pencabulan terhadap amalan demokrasi berparlimen,” katanya. - SH

2 comments:

  1. Sewajarnya PAS menimbang keputusan bertanding atau tidak dengan berunding terlebih dulu. Misalnya melihat siapa calon dan dari parti mana. Kedua, PAS bertolak ansur dgn meminra kerusi Sg Besar dsn melepaskan kerusi K.Kangsar dgn syarat calin KKangsar mestilah bukan calon nn muslim. Kalau tak, PAS masih akan dilihat parti sempit dan taksub parti.

    ReplyDelete
  2. Masalah nya PAS duduk sebelah MANA skg nihh?? Sebelah KAKI dlm UMNO & sebelah KAKI lagi dlm PR?? Keluar lah dari PR kalu nak berkawan dgn UMNO gakk...TAMAK jugok puak2 PAS nihhh... Huhuhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com