innity

pages

Saturday, May 21, 2016

PENJELASAN TUN M: Kenapa Mahu BN KALAH dalam 2PRK Kuala Kangsar & Sg. Besar, APA KAITAN DENGAN NAJIB?


KUALA LUMPUR : Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menerusi blognya menjelaskan mengenai kenyataan beliau yang menginginkan BN dikalahkan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar.
Ujarnya, desakan beliau agar BN dikalahkan dalam PRK itu ialah supaya Datuk Seri Najib Tun Razak tidak boleh mendakwa kemenangan BN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang lalu sebagai penerimaan beliau sebagai Perdana Menteri.
“PRK ini adalah pertandingan antara rakyat dengan Najib. Ia bukan pertandingan antara mana-mana parti lawan dengan BN.
“Oleh itu saya gesa supaya rakyat mengalahkan calon Najib. Kekalahan BN bermakna kemenangan rakyat melawan pemerintahan kuku besi Najib,”jelas beliau.
Berikutan itu, Tun Mahathir menyeru agar rakyat menyokong sesiapa juga yang melawan BN sebagai calon rakyat.
Ujarnya, rakyat perlu meletakkan seorang calon sahaja, sebaliknya, jika PAS juga ingin meletakkan calon, tindakan itu akan menolong BN jika rakyat meletakkan calon melawan BN dan PAS.
“Kalaupun PAS menang, ia tidak dapat mendirikan kerajaan. Ia cuma akan menjadi hamba kepada BN yang memiliki lebih ramai wakil darinya.
“PAS mungkin juga pura-pura menamakan calon tetapi apabila rakyat tidak meletak calon, PAS akan menarik diri supaya BN menang tanpa bertanding.
“Kita tidak akan hairan jika ini dilakukan oleh PAS. (Datuk Seri) Abdul Hadi nampaknya sudah terima ‘cash is king’ Najib walaupun dunia anggap Najib sebagai pemimpin yang kuat rasuah,”ujarnya.
Dalam masa yang sama, Tun Mahathir juga mendakwa bahawa Najib cuba menjadikan gerakan rakyat sebagai gerakan parti pembangkang dalam usaha perdana menteri untuk menumpulkan usaha menjatuhkan beliau.
Ujar Tun Mahathir lagi, ianya termasuklah dengan dakwaan bahawa beliau juga telah menyertai pembangkang.
“Dia (Najib) tidak menghiraukan bahawa Deklarasi Rakyat itu tidak dibuat atas nama parti-parti pembangkang tetapi di atas nama rakyat Malaysia.
“Saya bersama gerakan ini sebagai seorang rakyat, bukan sebagai ahli parti politik. Saya juga tidak menyertai mana-mana parti,”ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com