innity

pages

Wednesday, May 18, 2016

[PENJARA TIDAK ADIL?] Timb. Menteri KDN: 'Warkah dari penjara' kerana Anwar dapat kelonggaran dan Keistimewaan


Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, menjadi satu kesalahan membawa sesuatu barang masuk atau keluar dari penjara tanpa kebenaran Jabatan Penjara.
Bagaimanapun, dalam kes “Warkah dari penjara”, Nur Jazlan berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim, bekas timbalan perdana menteri, telah diberikan pelbagai keistimewaan dan kelonggaran di penjara.
"Itu sebabnya dengan Anwar, Jabatan Penjara dah beri banyak keistimewaan kepada beliau dari segi lawatan, rawatan. Beliau bebas dalam penjara.
"Selalunya pesalah dalam penjara akan dihadkan pelbagai perkara tetapi untuk Anwar kita longgarkan," katanya di lobi parlimen hari ini.
Beliau menjawab soalan pemberita sama ada menjadi kesalahan Anwar yang juga seorang banduan mengeluarkan surat daripada penjara.
Surat itu antaranya meminta pemimpin PKR berwaspada dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan penyertaan pemimpin pembangkang dalam Deklarasi Rakyat.
Selain itu, ditanya bagaimana surat tersebut dibenarkan untuk dibawa keluar, anggota parlimen Pulai itu berkata perkara itu di luar pengetahuannya.
"Saya pun tak tahu bagaimana surat itu boleh keluar.
"Biasanya pesalah tak dibenarkan didatangi pelawat atau berdasarkan jadual. Tapi Anwar diberikan pelbagai keistimewaan termasuk dilawati peguam. Mungkin melalui lawatan itu surat dapat diedarkan," katanya.
Ditanya sama ada sebarang tindakan akan dikenakan, Nur Jazlan hanya berkata:
"Kita kena siasat untuk buktikan siapa (keluarkan surat itu). Perkara itu dah berlaku. Surat dah keluar. Sebab yang jumpa beliau ramai," ujarnya. - MK

8 comments:

  1. Banduan jenayah sex dpt semua keistimewaan. Tahniah Ketua Pengarah Penjara. Esok bersara dptlah habuan dari Bro Anwar Bin Ibrahim. Jadi SetPol pun okay.

    ReplyDelete
  2. Saya pun rasa mungkin.
    Tapi ada juga rasa tak mungkin.

    ReplyDelete
  3. Atau mungkin pasal nk kondemkan DR boleh jadi mungkin ?

    ReplyDelete
  4. Seri Paduka Banduan Agong. Banduan tahun 1999 salah guna kuasa boleh mengayakan 30% bernyawa. Habis totok semuanya meruntun kalbu. Banduan kali ke2 kesalahan sex dpt jamban duduk. WAWI tak hantar air zam2 dan buah kurma makanan ruji kpd bakal PM lagikah?Hallelujah.

    ReplyDelete
  5. Terbukti ada yang tidak menjalankan tugas dengan amanah atau/dan ada yang terima rasuah.

    ReplyDelete
  6. Aku Rasa lah Anwar Ada smartphone Dan boleh access internet SB Penjara Dan kerajaan BG istimewa punya servis Kat nuar..aku agak je.

    ReplyDelete
  7. Pasal dalam kerajaan IMDB ni dipenuhi para pengkhianat pemuja Anwar Ibrahim Dari pemimpin atasan hingga kakitangan kapcai yg dibawah.Teringat kisah kronisma & nepotisma yg dibangkit oleh seorang pemimpin dalam PAU UMNO hampir dua dekad lalu

    ReplyDelete
  8. Rupanya penjara malaysia ada perbezaan ahli politik dgn rakyat biasa...Patutlah ahli ahli politik sekarang tak takut dgn penjara... Mendapat layanan vvip rupanya...


    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com