innity

pages

Tuesday, May 3, 2016

PENGAWAL KESELAMATAN warga Filipina dicekup guna KAD PENGENALAN PALSU


PUTRAJAYA - Tindakan licik seorang pengawal keselamatan warga Filipina yang menggunakan kad pengenalan palsu sebagai pengenalan diri untuk bekerja di negara ini terbongkar dalam operasi 'Ops ID' yang dijalankan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Petaling Jaya awal pagi semalam.
Serbuan yang diketuai oleh Penolong Ketua Unit Risikan dan Operasi JPN Putrajaya, Mohd. Syafiq Jamaludin bersama enam pegawai bermula pukul 12.30 tengah malam itu mendapati, lelaki berusia 44 tahun itu yang bekerja di Menara Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) mengaku berasal dari Sandakan, Sabah dan mendakwa baru sebulan bekerja di premis terbabit.
Ketua Pengarah JPN, Datuk Seri Sulaiman Keling berkata, siasatan lanjut pihaknya mendapati kad pengenalan yang digunakan oleh suspek adalah palsu berdasarkan gambar yang tertera.
"Gambar pada kad pengenalan tersebut telah ditukar serta tidak dirujuk kepada sebarang rekod JPN.
"Hasil soal siasat mendapati, pengawal keselamatan itu berasal dari Zamboanga, Filipina dan mengaku masuk ke negara ini secara haram melalui Sandakan, Sabah," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Sulaiman memberitahu, suspek mendakwa kad pengenalan 'palsu' tersebut telah dibeli daripada seorang ejen di Labuan pada harga RM600 kira-kira sebulan lalu. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com