innity

pages

Tuesday, May 3, 2016

Pemilik motosikal berkuasa tinggi sanggup iring konvoi Tun Dr Mahathir


Sekumpulan pemilik motosikal berkuasa tinggi kini mula mengambil alih tugas polis apabila mengiringi konvoi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dari Lapangan Terbang Kepala Batas sehingga ke Tesco Stargate di Alor Setar, Kedah, kelmarin.
Maklumat dan gambar mengenai geng motosikal berkuasa tinggi mengiringi konvoi Tun Dr Mahathir telah dikongsi oleh Setiausaha Biro Integriti Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia, Dr Faiz Na’aman di laman facebook beliau.
Baru-baru ini, polis membuat keputusan untuk tidak lagi menyediakan perkhidmatan dua pengiring kepada tun Dr Mahathir berkuat kuasa 28 April lalu.
Tindakan itu turut disokong oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, yang berpendapat tindakan itu sepatutnya sudah lama dilakukan.
Bagaimanapun, bekas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Tan Sri Dr Rais Yatim menyifatkan tindakan menarik semula khidmat polis pengiring bermotosikal untuk Tun Dr Mahathir adalah tidak adil dan langkah yang tidak berwibawa.
Dalam satu kenyataan di laman facebooknya, beliau turut berkata, penarikan semula khidmat pengiring PDRM ialah satu tindakan yang harus dipertikai.
“Pengiring dan bekalan pegawai keselamatan diberi kepada semua bekas Perdana Menteri berserta kemudahan lain sebagai penghormatan terhadap jasa,” katanya.
Beliau juga mengingatkan bahawa Tun Dr Mahathir tetap bekas Perdana Menteri yang jasanya menjadi fakta kenegaraan yang tidak dapat dipertikaikan.
“Tun Mahathir masih bekas Perdana Menteri Malaysia ke-4. Jasanya sebagai PM 22 tahun tetap merupakan fakta kenegaraan,” katanya.

13 comments:

  1. Syukurlah masih ada yg mengingati dan hargai pengorbanan Tun. Saya yakin Allah swt akan lindungi Tun. Tak payah pengiring polis. Kutu rempit pun sanggup insyaallah

    ReplyDelete
  2. KERAJAAN AHJIBNGOK BONGOK BANGSAT!!!!

    ReplyDelete
  3. Kemudahan ug diberikan kpd yab tm adalah sebab anugerah darjah tertinggi negara..ie..Tun....apatah lagi sbg mantan pm...tun tk kesah pun..tp doa kami..agar lokap yg zahid bawa,najib melawat hari tu..menjadi rumah kekal najib dan rosmah....jgn zalimi org yg tudak menyokong kita....ingat najib bkn cash is,king..tp kifarah allah lagi cash..tunggu lah...tk lama lagi...najib...anak yg tuada harga diri dan tiada maruah...munapik...kami akan protes kalu bangkai dia,esok nk di tempatkan di makan pahlawan..

    ReplyDelete
  4. SPT YANG DIKATAKAN OLEH MANTAN MENTERI PENERANGAN "TUN MAHATHIR MASIH LAGI BEKAS PERDANA MENTERI" YANG TELAH MEMBANGUNKAN NEGARA SELAMA PEMERINTAHAN BELIAU 22 TAHUN....

    JANGAN INGAT BILA KITA BERKUASA, SEWENANG-WENANGNYA KITA MENAMATKAN PERKHIDMATAN YANG DIBERIKAN KPD MANTAN PERDANA MENTERI SESUKA HATI,,,
    INGAT PARA PEMIMPIN YANG SEDIADA , RODA ITU BULAT DAN ALLAH TAALA MENGETAHUAI AKAN SEGALA PERBUATAN KAMU SEMUA DIDUNIA INI......DAN TUNGGU AKAN PEMBALASAN YANG DITURUNKAN DIDUNIA INI DAN TIDAK PERLU DI TUNGGU DI AKHIRAT NANTI....

    ReplyDelete
  5. Dato Rais sepatutnya jangan lupa bahawa terangkatnya dia sebagai PM selama 22 tahun kerana dia dipilih sebagai Presiden sebuah parti yang dikenali sebagai UMNO.

    Jika bukan kerana itu dia sama juga macam Kit Siang, Anwar, Mat Sabu dan yang lain2. Apa bila dia menjadi pertualang menghancurkan sebuah Istitusi yang mengekalkannya selama 22 tahun diatas singahsana maka dia harus disanggah.

    Inilah manusia pengkianat. Apabila dia sudah tidak duduk dikerusi tersebut maka kerusi itu perlu dimusnahkan.

    Manusia telah mendapat penyakit Demam Kuasa yang tak sembuh-sembuh

    Sepatutnya dia berihat dan serah kepada Allah swt menentukan segalanya. Apa yang dia buat pun berpunca dari kesilapan semasa pemerintahannya dahulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita semau akui bahawa perlu nya percaya qada' dan qadar YG MAHA ESA..tetapi jgn lah pula dato seri FULAN bin tun abd FULAN yg diberi kuasa mengalahkan tuhan la pulak lagak nya..anda pon saudara tak perlu lah memberi komen bodoh spt ini sbb blog dlm internet ini adalah KESILAPAN manusia yg anda takrifkan pesakit DEMAM KUASA tersebut..kajilah balik siapa pesakit DEMAM KUASA yg sebenar..

      Delete
    2. Yg sebetulnya, Najib takut HILANG KUASA...Sbb bg dia, Kuasa yg ada dapat menutup kesalahannya buat seketika...
      TunM adalah seorang yg Gentleman, sbb dia Berundur secara BerMaruah..
      Dia lepas kan semua KUASA yg diberi Pinjam utk SEMENTARA sahaja...kalau dia Gila kuasa, mana Mungkin dia akan lepaskan SEMUANYA....

      Delete
  6. Nazri .. mungkin lupa .. tentang JANJI ALLAH TETAP BENAR ..
    NAZRI .. AKAN DAPAT JAWAPAN SETIMPAL DIKEMUDIAN HARI ..

    ReplyDelete
  7. la...gitu pulak. tapi, apa ada hal. anakanda tun mahathir yang bernama mokhzani tu kan bilionaire, gunalah guard2 yang dibayar oleh mokhzani untuk khidmat mengiringi keselamatan ayahandanya. benda kecik je tu, tak payah la dibesar2kan. tun mahathirpun bukan suka sangat kalau polis dok iring dia ke hulu ke hilir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tun pon tak kata apa ttg penarikan polis pengiring tu..tp biasalah..yg mmberi arahan pun MUDAH LUPA..

      Delete
  8. Tahniah team bikers

    ReplyDelete
  9. Najib bengong. Dia bagi rm200000 bukan suap ke?
    Kata orang jangan makan suap
    Bodoh bengong najib

    ReplyDelete
  10. Sudah-sudahlah hina dan kata sana sini. Kita dah tahu semua tu ketentuan Allah. Biarlah dan serah kpd Allah. Kita kata mengata seseorang kita tak tau hak sebenar yg berlaku. Sedikit sangat yg kita tahu tentang apa perkara pun. Tunggu dan lihat kalau kita diberi umur oleh Allah. Diantara kita semua mana tau ada yg mati dua tiga hari ni, kita mengata org nanti tidak terampun dosa. Fikir dan muhasabah diri tuan-tuan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com