innity

pages

Monday, May 2, 2016

Najib jamin gugurkan kes murtad rakyat S'wak, kata Adenan


Malaysiakini melaporkan:

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem hari ini mengumumkan telah mendapat jaminan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menggugurkan kes murtad terhadap rakyat Sarawak, Rooney Rebit yang berketurunan Bidayuh.
Adenan merujuk kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuching yang membenarkan Rooney keluar daripada agama Islam dan mengarahkan jabatan itu mempamerkan dalam kad pengenalannya.
"Saya telah bercakap dengan perdana menteri hari ini mengenai perkara itu, yang memberi saya jaminan bahawa rayuan oleh JPN akan ditarik balik," kata Adenan dalam satu kenyataan hari ini.


Semalam, kolumnis Stephen Ng dalam komennya di Malaysiakini mengkritik Adenan dan mempersoalkan sama ada penganut Kristian akan mengundi ketua menteri itu dengan 'hati yang tulus', dengan memetik kes Rooney yang tidak dapat diselesaikan.
Adenan dalam kenyataan itu memohon maaf atas kelewatan mengumumkan resolusi kes itu.
"Saya mesti memohon maaf atas kelewatan kerana saya hanya mendapat tahu mengenai perkara itu hari ini," katanya.
Pada 24 Mac lalu, Mahkamah Tinggi Kuching dalam semakan kehakiman memutuskan Rooney mempunyai hak perlembagaan untuk memilih agamanya.
Ia mengarahkan JPN menukar nama pemohon di kad pengenalan yang menyatakan "Azmi Mohamad Azam" kepada "Rooney Rebik" dan mengakui agamanya sebagai agama Kristian.
JPN menegaskan bahawa Azmi memerlukan surat pelepasan daripada Mahkamah Syariah untuk menukar agamanya tetapi Mahkamah Tinggi di Kuching tidak bersetuju.
Ibu bapa Rooney telah memeluk agama Islam ketika dia masih kecil.
Walaupun diiktiraf secara rasmi sebagai seorang muslim, Rooney bagaimanapun mengamalkan cara hidup sebagai seorang Kristian.
Pada 22 April, JPN memfailkan rayuan terhadap keputusan itu. - MK

10 comments:

  1. Sepatutnya perkara yang sensitif macam ni tak perlulah dihebohkan demi politik. Nanti akan jadi rujukan kes pada individu lain yang hendak murtad.
    Sepatutnya dikaunsling dulu dan jika gagal, lepaskan lah tanpa hebah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yessss....terbaikkk

      Delete
  2. Gelaran "PakLawak Pondan" lebih sesuai bagi Najib.

    ReplyDelete
  3. Nanti pak arab boleh lar bagi beberapa billion lagi kepada pejuang islam najibul ni

    ReplyDelete
  4. AhJibNGok BONGOK!!!!

    ReplyDelete
  5. Hmmm...apa nak jadi dengan PM..kita nie, politik punya kemaruk semua boleh!...mana dia pendakwah umno...cai2, ahli ulamak umno, yang makan dedak...semua diam membisu, mesti pertahan kan dengan cara apa sekali pun...Saya sokong ..anon.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pendakwah umno tak setuju, pendakwah united macai najib only....setuju.

      Delete
  6. Kita kata kita betul dan baik, tapi banyak yg beri komen guna ayat-ayat yg tidak baik seperti pelawak pondan, bongok, makan dedak dan seantero dgnnya. Ini menampakan perangai, kata dan tulisan seseorang itu tidak baik. Mereka mahu org lain buat baik tetapi diri sendiri tidak baik. Beri komen ikut perasaan dan kurang sabar, itu menunjukkan perangai yg memberi komen itu sendiri. Samalah dua kali lima, lima kali dua. Fikir-fikir lah.

    ReplyDelete
  7. SubhanALLAH...najib dan adnan ni....kenapa sampai sanggup memperfaruhkan maruah agama demi sebuah pilihanraya....apa lagi yang ada kalau maruah agama islam kita injak, kita cerca, kita ubah suka suka berdasarkan kuasa kita sebagai pemimpin....pasti selepas ini...sesiapa saja yang ingin menukar agama islam kepada agama lain.....akn dapat kelulusan mudah....sudah tidak ada sekatan lagi....lambat laun agama islam tidak lagi menjadi agama resmi malaysia....berjawablah kamu nanti najib dan adnan bika kamu kamu berada didalam kubur nanti.....dosa yang teramat besar dari segala dosa....membenarkan dengan kuasa yang ada meluluskan proses permohonan murtad....nauzubillahiminzalik....tunggulah azab ALLAH buat kalian....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com