innity

pages

Sunday, May 1, 2016

PAS jemput Perkasa ke Muktamar Tahunan Ke-62 pada Jun 2016


Dalam usaha meningkatkan kerjasama dengan Perkasa, PAS menjemput badan bukan kerajaan itu ke Muktamar Tahunan kali Ke-62 parti awal Jun depan.
Mengumumkan demikian di sini hari ini, Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan Ahmad Fadhli Shaari berkata, "Keputusan ini diambil berikutan Perkasa (Pertubuhan Pribumi Perkasa) yang kian cenderung kepada PAS sejak kebelakangan ini.
Sementara itu Ketua Pemuda PAS Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata PAS kini mengamalkan politik matang dan sejahtera selepas mengalami krisis dalam pakatan pembangkang (Pakatan Rakyat) tahun lepas.
"Kami kini membuka peluang kepada semua pihak untuk mengenali kita secara terbuka," katanya.
Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah sebelum ini berkata muktamar ke-62 bermula 2 hingga 4 Jun depan itu akan memberi tumpuan kepada persiapan parti itu menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14.
Muktamar itu bakal dihadiri kira-kira 2,000 perwakilan dan pemerhati dan dijadual berlangsung di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa.
Mohd Amar berkata muktamar tahunan bagi tiga sayap parti itu - Dewan Ulamak, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat akan diadakan pada 31 Mei dan 1 Jun.
-- BERNAMA

2 comments:

  1. Seperti yang diperkatakan sebelum ini jika pas ingin berkuasa, mereka perlu berkongsi kuasa, bukan dengan parti Untuk Macai Najib Only....dan menjemput perkasa dan isma adalah satu langkah baik.

    Rakyat dah jemu Dan bosan dengan umno, kenapa tak beri peluang kepada parti pas memerintah negara? dengan syarat mereka berkongsi kuasa, apa yang lebih penting adalah jangan bersekutu Dan bersubahat dengan Najib korup Dan pengampu2nya.

    Sudah2lah penganaiyaan dan kezaliman yang dilakukan terhadap rakyat.

    ReplyDelete
  2. saya sokong PAS membuka ruang kepada NGO yang lebih jelas arah tujuan perjuangan mereka seperti PERKASA, ISMA dan lain lain bekerjasama menggantikan UMNO.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com