innity

pages

Monday, May 16, 2016

PAN sengaja mahu PAS kalah dua PRK sebab dendam lama


Tindakan Parti Amanah Negara (PAN) yang beria-ia mahu bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar hanya semata-mata keinginan mereka melihat PAS kalah kerana dendam mereka kepada parti Islam itu.
Sumber parti itu memberitahu ismaweb.net kebanyakan pemimpin PAN adalah kumpulan serpihan yang telah ditolak oleh ahli PAS pada pemilihan lalu serta terasing sehingga mereka keluar parti dan menubuhkan parti baru.
Katanya, sebelum ini pun semua tindakan pemimpin PAN bertujuan memburuk-burukkan PAS dan tidak terkejut jika mereka bertanding di dalam dua PRK itu hanya sengaja memecah undi dan mahukan PAS kalah disebabkan dendam mereka.
“Kita tidak menolak tujuan PAN yang sengaja mahu bertanding di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar kerana dendam dan mahu menunjukkan sokongan kepada PAS merosot jika kalah PRK itu,” katanya, hari ini.
Terdahulu, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali dilaporkan berkata, PAN sememangnya mahu PAS kalah dalam PRK berkenaan kerana jika menang, akan menunjukkan sokongan dan keyakinan rakyat kepada parti Islam itu.
“Jadi, PAN tidak mahu PAS menang kerana ia akan menaikkan imej PAS di mata masyarakat dan menyebabkan kehadiran PAN tidak lagi relevan dalam pakatan harapan.
“Sebab itu PAN akan berusaha keras mencipta alasan untuk bertanding tiga penjuru di PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar,” katanya kepada sebuah portal berita. - ismaweb

4 comments:

  1. Alah.....apa susah nya...jangan dipangkah si PAN-tart tu....biaq depa hilang wang deposit macam kat Sarawak. Kepada pengundi2 PRK KK dan SB, yg penting nya jangan dipangkah parti Pakatan Haprak dan BN. Ko orang pangkah PAS saja. BN kita jangan pangkah sobab nak hantaq message yg jelas kat Lanun Bugis tu yang perangai dia tu kita tak sokong dan dia tak boleh menyorok kat belakang favorite statement dia tu - 'saya tak tahu'. Tahu ke, tak tahu ke, si Lanun Bugis tu dah hilang hak untuk jadi PM Malaysia. PM Malaysia mestilah orang yang bijak macam Tun Perak kat Melaka dulu, Tun M, Arwah Tan Sri Ghazali Shafiee dan yg seangkatan dengan nya. Yg bodoh2 tu sila turun dari jadi PM Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalahnya..pas tu pro jibby..hadi yg buat statement dua nk pas jd penasehat kerajaan bn. Mcmana kalau pas menang tetiba u-turn lompat sokong umno plak?? Pan tu parti mabuk..ini yg mengelirukan pengundi prk kali ni.

      Delete
    2. Apalah yg msalahnya..sokong bn jer..apa nak pening mikir..dah jelas dah bn dah terbukti boleh bawa kejayaan kpd negara sejak hampur 60 tahun. Kita rasa nikmat bn dah perintah..klu bukan bn tak tau lg negara mcm mana. Jgn dengar sangat hasutan pembangkang tu..pucuk pimpinan dan kerajaan adalah bn..sokong bn..yg tak betul dibetulkan bukan tukar kerajaan..kepimpinan bokeh dibetulkan...

      Delete
    3. Dah banyak sangat tak betulnya pemimpin skarang ni...semoga yg bathil akan lenyap segera aminnnn...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com